Sungai Semenyih masih tercemar setakat 7.30 pagi ini | DagangNews Skip to main content

Sungai Semenyih masih tercemar setakat 7.30 pagi ini

SHAH ALAM 5 Okt. - Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa Loji Rawatan Air Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi masih belum beroperasi sepenuhnya ekoran insiden pencemaran air mentah di Sungai Semenyih.

Sehingga jam 7:30 pagi, pencemaran masih lagi dikesan di Sungai Semenyih dan berada pada tahap 5 TON di Muka Sauk LRA Bukit Tampoi dan 7 TON di Muka Sauk LRA Sg. Semenyih.


Dalam tempoh lebih 14 jam ini, Air Selangor tidak dapat menghasilkan air sebanyak 602 juta liter sehari untuk dibekalkan kepada para pengguna di 274 kawasan dan pemulihan gangguan bekalan air tidak berjadual tidak dapat ditentukan sehingga kini.

"
Air Selangor menyarankan para pengguna untuk mengambil bantuan bekalan air alternatif di pili-pili awam kerana bantuan melalui lori-lori tangki air diutamakan kepada premis-premis kritikal seperti hospital dan pusat dialisis.

"Para pengguna juga boleh mendapatkan maklumat dan bantuan bekalan air bersih di Pusat Khidmat Setempat yang telah disediakan. Senarai kawasan pili awam dan PKS seperti di Lampiran A," menurut Elina Baseri, Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd di sini hari ini.


Air Selangor akan mengemaskini maklumat gangguan bekalan air tidak berjadual dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi rasmi Air Selangor termasuk Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang kami di www.airselangor.com.

Para pengguna juga digalakkan untuk memuat turun aplikasi Air Selangor di Google Play atau Apps Store untuk mendapatkan maklumat terkini bekalan air.  - DagangNews.com

aaaaaa