Critical Holdings raih premium 42% kepada 50 sen sesaham dalam penampilan sulung di Pasaran ACE
KUALA LUMPUR 18 Dis - Critical Holdings Bhd mencatat prestasi memberangsangkan dalam penampilan sulungnya di Pasaran Ace Bursa Malaysia dengan harga pembukaan 50 sen, bersamaan dengan premium 42.86% berbanding harga terbitan 35 sen, dengan volum pembukaan 25.98 juta saham.