Johor Plantation bakal terbitkan IPO bagi menjana dana sehingga RM836 juta
KUALA LUMPUR 9 Jan - Syarikat minyak sawit, Johor Plantations Group telah memfailkan draf prospektus untuk tawaran awam permulaan domestik (IPO), yang menurut penerbitan pasaran modal IFR akan bernilai sehingga AS$180 juta (kira-kira RM836 juta).