Terkini | DagangNews Skip to main content

Sektor perladangan sumbang lebih RM23 bilion kepada sosio-ekonomi Malaysia ketika pandemik – Maybank IB

KUALA LUMPUR 11 Mac - Sektor perladangan Malaysia merupakan penyumbang terbesar kepada sosio-ekonomi negara ketika pandemik menerusi cukai berjumlah lebih RM23 bilion meskipun menghadapi cabaran kenaikan kos dan penurunan keluaran, kata Maybank Investment Bank.

 

Iconic Worldwide lancar projek 'mewah mampu milik' Iconic Harmony di Bukit Mertajam dengan GDV RM255 juta

KUALA LUMPUR 11 Mac - Iconic Worldwide Bhd menerusi Iconic Maison Sdn Bhd mengumumkan pelancaran Iconic Harmony, sebuah projek hartanah di Alma, Bukit Mertajam dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM255 juta.

 

Tourism Selangor jalin kerjasama dengan Republik Czech, Estonia tingkatkan kemasukan pelancong antarabangsa

KUALA LUMPUR 11 Mac - Selaras dengan visi pelancongan, Kerajaan Negeri Selangor yang diwakili Tourism Selangor memeterai memorandum kerjasama (MoC) dengan Persatuan Pengusaha Pelancongan dan Ejen Pelancongan Republik Czech (ACCKA), Persatuan Pengembaraan dan Pelancongan Estonia (

Ekonomi lemah, aktiviti perdagangan perlahan punca pendapatan FM Global, Tasco merosot

KUALA LUMPUR 11 Mac - Kelembapan ekonomi di peringkat domestik dan global menyebabkan pendapatan syarikat logistik dalam laporan kewangan suku tahunan baru-baru ini.tidak mencapai seperti mana diunjurkan.

 

Pembelian tanah di Kuala Selangor dijangka tidak beri impak kepada pendapatan Scientex bagi tempoh 3 tahun, kata RHB Investment

KUALA LUMPUR 11 Mac - RHB Investment menjangkakan pembelian tanah di Batang Berjuntai di Kuala Selangor, Selangor tidak memberi sebarang impak kepada pendapatan Scientex Bhd sekurang-kurangnya bagi tempoh tiga tahun akan datang.

 

TA Securities menilai Prolintas Infra Business Trust pada RM1.06

KUALA LUMPUR 11 Mac - TA Securities telah menilai Prolintas Infra Business Trust pada RM1.06, berdasarkan hasil sasaran sebanyak 6% untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025 (FY25).

 

CILTM anjur 'Simposium Inspireher: Perpaduan Wanita dalam Pengangkutan dan Logistik' sempena Hari Wanita Antarabangsa 2024

KUALA LUMPUR 8 Mac - Institut Piagam Pengangkutan dan Logistik Malaysia (CILTM) menerusi Women in Logistics and Transport (WiLAT) Malaysia menganjurkan 'Simposium Inspireher: Perpaduan Wanita dalam Pengangkutan dan Logistik' sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2024.

Yinson terbit sukuk wakalah bernilai RM640 juta

KUALA LUMPUR 8 Mac - Yinson Holdings Berhad telah menerbitkan sejumlah RM640 juta dalam nilai nominal bagi sukuk wakalah kekal di bawah program sukuk wakalah kekalnya yang bernilai sehingga RM1 bilion.

 

Silver Ridge raih subkontrak bernilai RM1.9 juta bagi kerja-kerja pemasangan pagar pelindung laluan ECRL

KUALA LUMPUR 8 Mac - Silver Ridge Holdings Bhd menerusi Silver Ridge Sdn Bhd menerima kontrak bernilai RM1.87 juta daripada China Communications Construction (ECRL) Sdn Bhd bagi kerja-kerja subkontrak pemasangan pagar pelindung Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

 

Pertunjukan fesyen Shopee 'Raya Stail Kita' rai zaman keemasan budaya Malaysia

KUALA LUMPUR 8 Mac - Shopee melancarkan pertunjukan fesyen #ShopeeRaiLokal Raya Stail Kita di Shopee Live, untuk memberikan inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia untuk bergaya dan membeli barangan tempatan. 

 

Subscribe to Terkini