Terkini | DagangNews Skip to main content

Bajet 2023: Insentif penggajian RM600 hingga RM750 sebulan dibayar kepada majikan untuk galak ambil penganggur, OKU bekerja

KUALA LUMPUR 7 Okt - Kerajaan akan meneruskan Insentif Penggajian di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi menggalakkan majikan menyediakan peluang pekerjaan untuk Keluarga Malaysia yang menganggur daripada golongan seperti Orang Kurang Upaya (OKU), orang asli, bekas

Bajet 2023: Pengecualian duti setem bagi rumah lebih RM500,00 dinaikkan kepada 75% sehingga 31 Dis 2023

KUALA  LUMPUR 7 Okt - Pengecualian bayaran duti setem bagi urusan surat cara pindah milik harta tanah dan perjanjian pinjaman bagi rumah bernilai lebih RM500,000 hingga RM1 juta, akan dinaikkan daripada 50 kepada 75% sehingga 31 Disember 2023.

 

Bajet 2023 : Diskaun sehingga 20% bagi bayaran balik PTPTN

KUALA LUMPUR 7 Okt - Kerajaan akan menaikkan kadar pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) serta menyediakan pinjaman komputer untuk kumpulan M40.

 

Bajet 2023 : Kerajaan peruntuk RM55 bilion untuk subsidi, bantuan dan insentif

KUALA LUMPUR 7 Okt - Kerajaan memperuntukkan lebih RM55 bilion khusus untuk subsidi, bantuan dan insentif di bawah Bajet 2023. 

 

Bajet 2023: RM2.3 bilion bina, selengga, naik taraf sekolah di seluruh negara

KUALA LUMPUR 7 Okt - Sejumlah RM2.3 bilion diperuntukkan untuk menyediakan ruang pembelajaran yang kondusif dan selamat buat murid-murid sekolah bagi tahun 2023, peningkatan ketara berbanding peruntukan RM1.7 bilion ringgit bagi tahun ini.

 

Bajet 2023 : Had caruman sukarela KWSP dinaikkan kepada RM100,000

KUALA LUMPUR 7 Okt - Had caruman sukarela Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan dinaikkan daripada RM60,000 kepada RM100,000 setahun bagi membina simpanan hari tua yang mencukupi. 

 

Bajet 2023 : Insentif khas PERKESO untuk majikan menggaji belia 19-30 tahun yang menganggur lebih 3 bulan

KUALA LUMPUR 7 Okt - Kerajaan akan menyediakan insentif penggajian di bawah PERKESO kepada majikan yang menggaji belia berumur 18 hingga 30 tahun yang menganggur lebih daripada tiga bulan, bagi memastikan anak muda diberi akses pekerjaan sewajarnya.

 

Bajet 2023: Bantuan RM2,500 untuk isi rumah tanggung 5 anak atau lebih

KUALA LUMPUR 7 Okt - Sebanyak RM2,500 menerusi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan diberikan kepada isi rumah berpendapatan bulanan kurang RM2,500 dan menanggung lima orang anak atau lebih.

 

Bajet 2023 : Kerajaan cadang pengecualian cukai galak wanita kembali bekerja

KUALA LUMPUR 7 Okt - Kerajaan bercadang untuk mengecualikan cukai pendapatan ke atas pendapatan yang diterima golongan wanita mulai tahun taksiran 2023 hingga tahun taksiran 2028.

 

Bajet 2023 : Bantuan one-off RM500 untuk ibu lahir anak pada 2023, pelepasan cukai RM3,000 yuran taska berdaftar

KUALA LUMPUR 7 Okt - Bagi meningkatkan kadar kelahiran dan dalam masa yang sama mengurangkan masalah kanak-kanak bantut, di bawah inisiatif CahayaMata Keluarga Malaysia, ibu daripada isi rumah penerima BKM yang melahirkan anak pada tahun 2023 akan diberikan bantuan tunai one-

Subscribe to Terkini