Terkini | DagangNews Skip to main content

IRGCE dijangka tarik 10,000 pengunjung dalam acara sarung tangan getah terbesar dunia

KUALA LUMPUR 3 Sept - Majlis Getah Malaysia (MRC) akan menjadi penganjur bersama Persidangan dan Pameran Sarung Tangan Getah Antarabangsa (IRGCE) ke-10 dan Konvensyen dan Ekspo Industri Getah Antarabangsa (IRICE) 2022 yang akan diadakan dari 6 hingga 8 September 2022.

Unex Holdings bakal disenaraikan di Nasdaq

KUALA LUMPUR 3 Sept - Unex Holdings Inc. telah melantik Network 1 Financial Securities, Inc. sebagai penaja jamin dan pengurus utama bagi tawaran bersempena dengan permohonan yang dicadangkan untuk penyenaraian di Nasdaq.

 

Malaysia tarik pelaburan RM123.3 bilion bagi tempoh separuh pertama dengan FDI jadi penyumbang terbesar

KUALA LUMPUR 3 Sept - Malaysia menarik pelaburan yang diluluskan bernilai RM123.3 bilion dalam sektor utama, perkilangan dan perkhidmatan merangkumi 1,714 projek dari Januari hingga Jun 2022 termasuk membuka 57,771 peluang pekerjaan, menurut Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia

PM lancar inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia esok - Annuar

KUALA LUMPUR 2 Sept - PerantiSiswa Keluarga Malaysia akan mula diedarkan kepada penuntut Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) terpilih esok.

 

Kerajaan tidak tolak kemungkinan tawar saham DNB kepada pengendali rangkaian operasi mudah alih asing - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR 2 Sept  - Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz dalam temu bual eksklusif bersama Bernama berkongsi tentang berkembangan terkini mengenai Perjanjian Langganan Saham (SSA) dalam Digital Nasional Bhd dan rancangan serta strategik seterusnya.

Tun Zaki Azmi dan isteri pemegang saham utama Pertama Digital dengan 13.8% kepentingan

KUALA LUMPUR 2 Sept - Harga saham Pertama Digital Bhd naik 4.62% lagi pada Jumaat, setelah mencatat kenaikan 11% semalam, susulan pengumuman bekas ketua hakim negara Tun Zaki Azmi sebagai pemegang saham utama syarikat tersebut.

 

Capital A tawar pakej umrah Ikhlas serendah RM5,990 sempena Matta Fair

KUALA LUMPUR 2 Sept - Ikhlas, cabang perniagaan mesra Muslim di bawah Capital A Bhd. menyasarkan lebih 1,000 jemaah bakal menyertai pakej Umrah Ikhlas bagi musim 1444 Hijrah (2022/2023) dengan penerbangan terus ke Jeddah bersama AirAsia X mulai 16 November ini.

 

Uncle Bob lancar menu Harvest Gourmet baharu berasaskan tumbuhan

KUALA LUMPUR 2 Sept - Nestle Malaysia menerusi Nestle Professional menjalinkan kerjasama bersama rangkaian restoran ayam goreng yang popular di Malaysia, Uncle Bob bagi meluaskan makanan berasaskan tumbuhan.

 

Pengunjung berpeluang saksi penyampai RTM bersiaran secara langsung di AKM Kedah

ALOR SETAR 2 Sept. - Pengunjung yang mengunjungi Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Kedah berpeluang menyaksikan dengan lebih dekat penyampai radio Kedah FM bersiaran secara langsung di reruai kendalian Radio Televisyen Malaysia (RTM) di sini.

 

Tujuh projek tebatan banjir bernilai RM1.3 bilion bantu kurangkan masalah banjir di Kedah - PM

ALOR SETAR 2 Sept - Kerajaan komited melaksanakan sebanyak tujuh Rancangan Tebatan Banjir (RTB) dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) dengan peruntukan sebanyak RM1.3 bilion bagi meminimumkan kesan bencana banjir di Kedah.

 

Subscribe to Terkini