Hasil 7-Eleven bagi 1Q meningkat 4.3% kepada RM684.2 juta didorong prestasi positif segmen kedai serbaneka | DagangNews Skip to main content

Hasil 7-Eleven bagi 1Q meningkat 4.3% kepada RM684.2 juta didorong prestasi positif segmen kedai serbaneka

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 1 Julai - 7-Eleven Malaysia Holdings Bhd mencatatkan peningkatan hasil keseluruhan sebanyak 4.3% kepada RM684.2 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2024. 

 

Kumpulan itu dalam satu kenyataan berkata, segmen kedai serbaneka mencatatkan prestasi positif, dengan penigkatan pendapatan sebanyak RM28.2 juta atau 4.3% kepada RM684.2 juta berbanding suku tahun sebelumnya.

 

Kenaikan hasil itu disokong faktor seperti peningkatan jumlah pelanggan dan penawaran produk yang lebih baik pada suku semasa.

 

 

"Perbelanjaan pengurusan meningkat sebanyak RM20.7 juta atau 10.2% disebabkan perbelanjaan berkaitan operasi kedai yang lebih tinggi didorong oleh waktu operasi yang lebih panjang dan penambahan 88 kedai baharu bersih, menjadikan jumlah keseluruhan kedai kepada 2,581.

 

"Peningkatan dalam tenaga kerja bagi memenuhi permintaan perniagaan juga menyumbang kepada peningkatan ini," katanya.

 

Kumpulan itu berkata, pihaknya melancarkan melancarkan 189 kedai 7-Cafe baharu, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 305 kedai.

 

"Kedai 7-Cafe baharu ini terbukti lebih produktif dengan penyertaan juala makanan segar yang lebih tinggi berbanding kedai serbaneka," katanya.

 

Mengulas mengenai prospek, kumpulan itu berkata, pihaknya akan terus mengebankan kedai 7-Cafe dengan tujuan meningkatkan penawaran produk serta pengalaman pelanggan di kedai

 

"Kedai 7-Cafe akan memainkan peranan pentng dalam mempelbagaikan campuran jualan serta meningkatkan margin kumpulan.

 

"Kami akan terus mengembangkan tawaran label peribadi kami sambil kami berusaha untuk terus memberikan nilai kepada kumpulan baru muncul pengguna jenama moden," katanya. - DagangNews.com