MAGGI galak pemakanan sihat menerusi kempen 'Sajian Seimbang Tanda Sayang' | DagangNews Skip to main content

MAGGI galak pemakanan sihat menerusi kempen 'Sajian Seimbang Tanda Sayang'

(Dari kiri) Geetha Balakrishna, Sheila Rusly dan Pengurus Pemakanan Korporat Kumpulan Nestle (Malaysia) Berhad, Wong Mei Ching ketika pelancaran kempen ‘Sajian Seimbang Tanda Sayang’ MAGGI hari ini.
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 18 Julai - MAGGI hari ini memperkenalkan kempen ‘Sajian Seimbang Tanda Sayang’ untuk menggalakkan pemakanan seimbang dalam kalangan warga Malaysia dan juga sebagai meraikan kreativiti kulinari ibu dalam menyediakan hidangan lebih sihat untuk keluarga mereka. 

 

Pelancaran kempen itu merupakan permulaan kepada siri inisiatif kesedaran awam yang bertujuan menggalakkan rakyat Malaysia untuk mengamalkan pemakanan secara seimbang.

 

Diilhamkan menerusi Panduan Pinggan Sihat Malaysia (Malaysian Healthy Plate, MHP) Kementerian Kesihatan, MAGGI menggalakkan para ibu supaya menyediakan hidangan masakan sendiri dengan kos efektif dan enak menggunakan mi MAGGI dengan hanya menambah sumber protein dan sayur-sayuran bagi menghasilkan hidangan seimbang. 

 

MHP yang berasaskan konsep 'Suku Suku Separuh' merupakan panduan visual bertujuan membantu orang ramai merancang pengambilan makanan mereka bagi mencapai hidangan yang seimbang.

 

Hidangan terdiri daripada ¼ pinggan berisi sumber karbohidrat seperti mi, nasi, roti, bijirin, ¼ pinggan berisi sumber protein seperti telur, tofu, daging, makanan laut malah sumber protein berasaskan tumbuhan dan ½ pinggan berisi sayur-sayuran atau buah-buahan.

 

Pada acara pelancaran kempen berkenaan, Sheila Rusly yang juga seorang selebriti TV, usahawan dan penggemar makanan berkongsi cara bagaimana hidangan mee MAGGI kegemaran keluarganya boleh disediakan dengan mudah menggunakan ramuan sedia ada di rumah. 

 

“Syarat utama dalam menyediakan hidangan lazat dan seimbang adalah dengan menggunakan ramuan mudah, ditambah dengan air tangan istimewa bagi menyesuaikan hidangan mengikut selera keluarga anda. Semua ini disediakan dengan sentuhan kasih sayang anda,” katanya.   

 

 

maggi
Sheila Rusly (kiri) menunjukkan demonstrasi masakan mee MAGGI sempena pelancaran kempen Sajian Seimbang Tanda Sayang. Turut kelihatan, Leong Ven Luan.

 

 

maggi

 

 

Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI Nestlé (Malaysia) Berhad, Geetha Balakrishna berkata, mereka teruja melancarkan kempen tersebut yang bertujuan meraikan semua individu, khususnya para ibu yang kreatif dalam menyediakan hidangan seimbang dan lazat walaupun sesetengah daripada mereka berdepan dengan kekangan waktu serta kewangan. 

 

Beliau berkata, kempen itu menggalakkan pilihan makanan yang enak dan sihat dengan menggabungkan 3 elemen teras iaitu mi MAGGI sebagai sumber karbohidrat yang baik, ramuan segar dan sentuhan air tangan ibu. 

 

 

maggi

 

 

maggi

 

 

“Daya kreativiti dimiliki para ibulah yang mengubah semangkuk mi MAGGI menjadi hidangan enak yang diisi dengan ramuan sedia ada pada setiap keluarga. Ini adalah seiring dengan janji jenama MAGGI dalam membantu rakyat Malaysia untuk menyajikan kelainan dan memperkasakan mereka bagi menyediakan hidangan masakan sendiri yang seimbang untuk orang tersayang," katanya.

 

Pakar Pemakanan MAGGI, Leong Ven Luan pula berkata, hidangan seimbang adalah penting kerana ia membantu memastikan pengambilan jumlah makanan dan khasiat mencukupi daripada pelbagai kumpulan makanan, bagi menyokong kesihatan dan kesejahteraan. 

 

 

maggi

 

 

maggi

 

 

"Selain nasi sebagai makanan ruji kita, mi segera MAGGI juga merupakan asas karbohidrat enak dan mudah bagi menyediakan hidangan seimbang untuk seisi keluarga. Kita hanya perlu menambah sayuran dan sumber protein ke dalam mi segera MAGGI untuk menghasilkan hidangan seimbang mengikut konsep Suku Suku Separuh seperti dalam Panduan Pinggan Sihat Malaysia," katanya. 

 

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kempen Sajian Seimbang Tanda Sayang MAGGI, sila layari https://www.maggi.my/ms/aktiviti-maggi/sajian-seimbang-tanda-sayang/. - DagangNews.com