MCE diunjur catat pekembangan hasil antara 10% hingga 15% pada FY25, kata HLIB | DagangNews Skip to main content

MCE diunjur catat pekembangan hasil antara 10% hingga 15% pada FY25, kata HLIB

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 21 Ogos - Pendapatan MCE Holdings Bhd diunjur mencatat perkembangan hasil antara 10% hingga ke 15% pada FY25 dan seterusnya, kata Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research.

 

Katanya, kumpulan itu dilihat sebangai proksi yang baik dalam sektor automotif memandangkan hubungan baiknya dalam membekalkan alat ganti kepada Proton, Perodua dan Toyota. 

 

"Memandangkan kunci kira-kiranya yang sihat, kami menjangkakan pembayaran dividen yang lebih tinggi dalam pelaporan hasil yang akan datang," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Firma penyelidikan itu positif terhadap perkembangan terkini kumpulan itu kerana berjaya menempatkan dirinya sebagai pembekal alat ganti kepada kereta nasional seperti Proton.

 

ARTIKEL BERKAITAN: MCE terima kontrak RM52.13 juta bekal komponen elektrik, mekatronik kereta Proton

 

Sebelum ini katanya, syarikat itu mengumumkan kontrak pembekalan konponen kenderaan elektrik (EV) kepada Produa.

 

Dalam perkembangan berasingan, kumpulan itu dijangka mengumumkan keputusan kewangan FY24 pada 25 Spetember 2024.

 

Dengan kelewatan dalam pelancaran model baharu oleh pelanggannya, ditambah pula dengan penurunan nilai berterusan dalam inventorinya untuk beberapa model berperingkat yang dibuat oleh pelanggan utamanya, firma penyelidikan itu menjangkakan keputusan 4Q akan melaporkan pertumbuhan pendapatan lebih lemah.

 

"Sekiranya, 4Q melaporkan kepurusan sama seperti 3Q, kami menganggarkan keuntungan bersih tahun penuh lebih hampir kepada RM14 juta berbanding RM15.4 juta pada FY23 atau penyusutan 9%.

 

"Ini akan diterjemahkan kepada pendapatan sesaham (EPS) bersih sebanyak 11.3 sen pada FY24," katanya. - DagangNews.com