MPay terima lesen memulakan operasi pemberi pinjaman wang online, bakal sasar individu, PKS | DagangNews Skip to main content

MPay terima lesen memulakan operasi pemberi pinjaman wang online, bakal sasar individu, PKS

ManagePay Systems Bhd (MPay) merupakan anak syarikat MRSB.
Oleh M. HERMAN HAMID

KUALA LUMPUR 27 Feb - ManagePay Resources Sdn Bhd (MRSB) diberi kelulusan penuh untuk beroperasi sebagai pemberi pinjaman wang online di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 (Akta 400).

 

Menurut MRSB, anak syarikatnya, ManagePay Systems Bhd (MPay) menerima kelulusan daripada Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada 26 Februari 2024.

 

Dalam pemakluman kepada Bursa Malaysia hari ini, RSB berkata, surat kelulusan KPKT berkenaan permohonan Lesen Pemberi Pinjaman Wang Online oleh MPay itu bertarikh 29 Januari 2024.

 

"Surat kelulusan bertarikh 29 Januari 2024 mengesahkan bahawa MRSB telah memenuhi syarat seperti yang dinyatakan dalam surat kelulusan bersyarat awal bertarikh 5 Januari 2023 dan MRSB diberi kelulusan untuk menjalankan perniagaan pinjaman wang dalam talian," katanya.

 

Menurut pemakluman itu, dengan penerimaan surat kelulusan itu, Kumpulan MPay kini boleh memulakan perniagaan pinjaman wang dalam talian yang menyasarkan kedua-dua individu dan perniagaan.

 

Kata MRSB, ini melebihi platform pembiayaan Quickash Peer-to-Peer (P2P) MPay, yang turut menyasarkan segmen perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang kurang mendapat perkhidmatan tetapi bukan individu yang dilancarkan pada September 2017.

 

Ia dijangka menyumbang secara positif kepada hasil Kumpulan MPay untuk tahun kewangan 2025 dan seterusnya, kata MRSB dalam pemakluman itu.

 

ARTIKEL BERKAITAN: MPay bantu lebih banyak kerajaan negeri, PBT pelbagai  mekanisme pembayaran

yur
KPKT memodenkan industri pemberi pinjaman wang (Kredit Komuniti) dengan memperkenalkan perkhidmatan online./Gambar hiasan Yuri Krupenin

 

"Kelulusan itu dijangka tidak mempunyai sebarang kesan material ke atas aset bersih dan penggearan Kumpulan MPay bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2024," katanya.

 

Kelulusan bertarikh 29 Januari 2024 itu tidak akan mempunyai sebarang kesan ke atas modal saham terbitan dan pegangan saham pemegang saham utama Syarikat. - DagangNews.com