R&R Seremban (Arah Selatan) ditutup untuk naik taraf 13 Okt-31 Dis 2022 | DagangNews Skip to main content

R&R Seremban (Arah Selatan) ditutup untuk naik taraf 13 Okt-31 Dis 2022


PETALING JAYA 11 Okt – PLUS Malaysia Bhd (PLUS) akan menutup Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban (Arah Selatan) di KM274.6 di Lebuhraya Utara-Selatan untuk tempoh 14 bulan bagi kerja-kerja menaik taraf yang akan melibatkan keseluruhan premis bermula 13 Oktober 2021 sehingga 31 Disember 2022.

 

Sepanjang tempoh penambahbaikan ini, semua outlet F&B dan kemudahan awam sedia ada di R&R akan ditutup.

 

Walau bagaimanapun, stesen minyak masih beroperasi seperti biasa dan PLUS turut menyediakan kemudahan sementara seperti tandas awam, surau, tempat letak kereta termasuk trak makanan kepada semua pelanggan lebuh raya.

 

Sementara itu, pelanggan lebuh raya yang menuju ke selatan boleh menggunakan R&R Dengkil, Hentian Sebelah Nilai, Hentian Sebelah Senawang, Restoran Jejantas Ayer Keroh, R&R Ayer Keroh atau mana-mana R&R dan hentian sebelah yang berdekatan untuk mendapatkan kemudahan makanan dan keperluan lain dengan lebih selesa.

 

Pelanggan lebuh raya juga boleh menggunakan kemudahan tandas awam dan surau di mana-mana plaza tol yang terdekat.

 

 

PLUS

 

 

 

Pelanggan lebuh raya juga mempunyai pilihan untuk menikmati tawaran makanan yang disediakan rakan perniaga R&R terpilih melalui fungsi Pra-Pesanan di https://orderdisini.plus.com.my/ atau menerusi Aplikasi PLUS untuk bawa pulang.

 

Dapatkan maklumat dan keadaan trafik terkini melalui platfom sosial media PLUS seperti Twitter, Instagram, Facebook, LinkedIn, Youtube dan laman web www.plus.com.my atau menerusi Aplikasi PLUS untuk membantu anda merancang perjalanan.

 

PLUS ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan lebuh raya atas sokongan berterusan serta berharap dapat berkhidmat dengan lebih baik kepada semua pelanggan pada masa akan datang. – DagangNews.com

 

BACA JUGA: R&R Seremban PLUS bakal miliki lebih banyak kemudahan kapasiti berganda