Sekarang bukan masa sesuai laksanakan semula GST - Amir Hamzah | DagangNews Skip to main content

Sekarang bukan masa sesuai laksanakan semula GST - Amir Hamzah

Cukar barang dan perkhidmatan (GST) tidak akan dilaksanakan buat masa ini. -Gambar NAIM AZIZ/DagangNews
Oleh M. HERMAN HAMID

KUALA LUMPUR 16 Julai - Kerajaan belum bercadang melaksanakan semula cukai barangan dan perkhidmatan (GST) kerana ia bersifat cukai kepenggunaan yang berasaskan luas.

 

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, dengan itu, sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk diperkenalkan semula GST memandangkan ada di antara rakyat terutamanya berpendapatan rendah menghadapi cabaran kos sara hidup.

 

"Justeru, kerajaan akan terus mengutamakan untuk menambah baik system cukai sedia ada dan memperkenalkan cukai yang tidak beri kesan kepada golongan rentan sebelum menilai keperluan untuk cukai kepenggunaan baharu seperti GST.

 

amir
AMIR HAMZAH AZIZAN

 

"Sebarang perubahan dasar kepada sistem percukaian berasaskan kepenggunaan seperti melaksanakan semula GST perlu diteliti untuk memastikan ia bersifat profresif, mudah ditadbir, tidak beri impak negatif kepada kos sara hidup dan pertumbuhan ekonomi.

 

 

"Pada masa sama dapat menjana hasil yang mampan kepada kerajaan," katanya menjawab soalan Datuk Mohd Suhaimi Abdullah (PN-Langkawi) pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat hari ini.

 

Mohd Suhaimi membangkitkan sama ada kerajaan mahu memperkenalkan semula GST memandangkan kutipan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang lebih rendah berbanding GST. - DagangNews.com