VA Digitech, Jodoo bekerjasama terajui transformasi digital perniagaan di Malaysia | DagangNews Skip to main content

VA Digitech, Jodoo bekerjasama terajui transformasi digital perniagaan di Malaysia

(Dari kiri) Eric Xu, Dr Norjayadi dan Well Kam semasa pelancaran rasmi Jodoo di M Resort Hotel bersempena Persidangan Pendigitalan pada 8 November 2023
Oleh DIYANA ISAMUDIN

KUALA LUMPUR 8 Nov - VA Digitech Sdn Bhd menjalin kerjasama dengan Jodoo untuk menerajui transformasi digital perniagaan di Malaysia dengan membantu organisasi membiasakan diri dengan pendigitalan.

 

Menurut satu kenyataan media bersama hari ini, kerjasama berkenaan meliputi pelbagai agenda, merangkumi objektif untuk mempertingkatkan kesedaran terhadap jenama Jodoo, memperluas jangkauan pemasaran, merekrut rakan kongsi strategik, berkongsi trend terkini dalam pendigitalan, serta memudahkan perkongsian ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam kalangan peserta.

 

“Selepas pelancaran kerjasama ini, beberapa siri keterlibatan bakal dilaksanakan pada 2023 dan 2024, termasuk seminar pendigitalan di Pulau Pinang dan Johor Bahru serta kunjungan pendigitalan ke luar negara.

 

“Inisiatif ini dirancang untuk mempercepat jangkaaun inovasi dan transformasi digital dalam kalangan pengusaha perniagaan,” katanya selepas mengumkan kerjasama tersebut di M Resort Hotel pada 8 November 2023 bersempena Persidangan Pendigitalan.

 

 

jodoo

 

 

VA Digitech selaku pengedar utama di Malaysia menganjurkan majlis itu bersama rakan kongsi utamanya Jodoo, yang merupakan perusahaan global yang beribu pejabat di Singapura.

 

Jodoo, iaitu platform pembangunan aplikasi semua dalam satu (All-in-One), merupakan rumusan orientasi tangkas, inovatif dan mudah yang menjanjikan perjalanan transformasi digital untuk organisasi yang serba pantas dengan bantuan VA Digitech.

 

Majlis pelancaran ini bakal mendedahkan cara Jodoo memperkasakan perniagaan untuk mengubah idea yang inovatif menjadi aplikasi dengan pantas, memanfaatkan alatan tanpa kod, dan mengintegrasikan sistem yang dapat melancarkan proses membuat keputusan sebanyak 80%.

 

Persidangan Pendigitalan ini menampilkan pakar tempatan dan antarabangsa selaku komponen utama inisiatif ini dan peserta berpeluang untuk memperoleh perspektif baharu dalam mengguna pakai solusi transformasi digital, berhubung dengan rakan seindustri, bahkan membina rangkaian kenalan yang berharga.

 

 

(Dari kiri) Wel Kam, Datuk Abdul Latif Abu Seman, Dr Norjayadi dan Eric Xu
(Dari kiri) Well Kam, Datuk Abdul Latif Abu Seman, Dr Norjayadi dan Eric Xu

 

 

Jodoo menonjolkan kelainan daripada pesaing dalam industri melalui keunikan nilai yang ditawarkan kepada PKS Malaysia dengan menyediakan suatu sistem antarabangsa dengan ciri penyetempatan (localisation), serta membolehkan organisasi mengembangkan skala perniagaan bagi rantau ASEAN, serta boleh disuaikan mengikut pelbagai saiz perniagaan, sama ada PKS mahupun syarikat gergasi.

 

VA Digitech, yang dikuasakan oleh Jodoo, komited untuk memperkasakan transformasi digital, mendayaupayakan transformasi nilai, serta memupuk perkongsian yang lestari.

 

Kedua-duanya berpegang pada misi untuk memudahkan pembangunan organisasi melalui pengoptimuman proses dan pendigitalan, sejajar dengan Misi Ke-2 Pelan Induk Perindustrian Baharu 2023 (NIMP 2030).   - DagangNews.com