| DagangNews Skip to main content

BNM : Ekonomi Malaysia tahun ini berada di landasan pemulihan

KUALA LUMPUR 11 Feb - Ekonomi Malaysia dijangka terus berada pada landasan pemulihan sejajar dengan pertumbuhan global yang terus berkembang dan perbelanjaan sektor swasta yang lebih tinggi.

 

Optimis dengan prospek Bonia, CGS-CIMB naikkan TP kepada RM2.50

KUALA LUMPUR 11 Feb - Langkah Bonia Corporation Bhd. 'memodenkan' perniagaan bagi menambat hati pengguna pada ketika peruncit lain bergelut dengan impak pandemik COVID-19, menjadikan prospek masa depannya semakin kukuh. 

 

Ekonomi Q4 berkembang 3.6%, catat pertumbuhan KDNK 2021 pada 3.1%

KUALA LUMPUR 11 Feb - Ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan positif sebanyak 3.6% pada suku keempat (Q4) apabila kegiatan ekonomi disambung semula berikutan pelonggaran langkah-langkah pembendungan. 

 

Rekod prestasi lemah penguatkuasa Malaysia sukar laksanakan undang-undang larangan merokok

KUALA LUMPUR 11 Feb - Rekod prestasi lemah Malaysia dalam menguatkuasakan undang-undang larangan merokok dan vape adalah berpunca daripada kekurangan motivasi dalam kalangan kakitangan agensi penguatkuasa, menurut badan pemikir Arunachala. 

 

Starbucks terus pacu prospek Berjaya Food, mampu capai sasaran pembukaan 38 cawangan dalam FY22

KUALA LUMPUR 11 Feb - AmInvestment mengekalkan saranan 'beli' terhadap Berjaya Food Bhd. dengan nilai wajar lebih tinggi pada RM3.30 daripada RM2.30 sebelum ini selepas menyemak semula unjuran pendapatan kumpulan. 

 

VIP Gloves ambil alih 100% kepentingan dalam Ammorium

KUALA LUMPUR 11 Feb - Syarikat pengeluar sarung tangan nitril, VIP Gloves Limited menandatangani Perjanjian Awal (HoA) dengan pemegang saham utama Ammorium Resources Sdn. Bhd. (Ammorium), Julian Foo Kuan Lin bagi memperoleh 100% kepentingan ekuiti dalam Ammorium.