SMTrack sangkal dakwaan terlibat dengan RFID, pertimbang tindakan undang-undang
KUALA LUMPUR 31 Jan - Pakar identifikasi menerusi Pengecaman Frekuensi Radio (RFID) yang disenaraikan di Bursa Malaysia, SMTrack Berhad (SMTrack), menyangkal tuduhan tidak berasas terhadap syarikat itu berhubung pelaksanaan RFID di plaza tol.