Betulkah PRIVATE MANDATE pelaburan `High Class'? | DagangNews Skip to main content
DagangNews.com
Volatiliti - 31 March 2021

BETULKAH PRIVATE MANDATE PELABURAN ‘HIGH CLASS’?

 

 

PRIVATE MANDATE atau dalam Bahasa Melayunya pelaburan mandat merupakan satu jenis pelaburan yang agak popular ketika ini. Private mandate merupakan satu bentuk instrumen pelaburan untuk melabur  dengan bantuan pengurus dana yang berlesen (licensed funds managers).

 

Sebenarnya private mandate ini telah lama wujud di Malaysia namun masih ramai yang tidak mengetahuinya. Cuma sejak kebelakangan ini, ia semakin popular.  Private mandate ini tidak menjadi popular sebelum ini kerana instrumen pelaburan ini kebanyakannya diuruskan secara khusus oleh anak-anak syarikat bank-bank utama di Malaysia seperti seperti Maybank Private Wealth, RHB Asset Management dan yang lain-lain.

 

Stigma masyarakat berkaitan dengan private mandate ini ialah ia hanya untuk golongan yang berprofil tinggi dan yang mempunyai high net worth. Justeru, private mandate ini kurang popular dalam kalangan pelabur-pelabur biasa di Malaysia.

 

volatiliti

 

Bank-bank yang menjalankan urusan private mandate ini kebiasaannya menawarkan pelaburan ini kepada pelanggan-pelanggan mereka yang tergolong dalam kumpulan high net worth. Ini kerana modal yang diperlukan untuk terlibat dalam pelaburan private mandate ini adalah sekitar RM50,000 hingga jutaan ringgit.

 

Apa sebenarnya pelaburan private mandate ini dan bagaimana operasi pelaburan ini? Private mandate adalah pelaburan yang diuruskan oleh syarikat pelaburan. Secara ringkasnya pelabur yang mempunyai modal akan memberi mandat kepada pengurus dana untuk menguruskan pelaburan kita.  

 

Pelaburan private mandate ini akan disusun khas atau customade mengikut kesesuaian pelabur. Selain itu, private mandate ini adalah pelaburan yang lebih jelas dan telus kerana pelabur akan dapat melihat semua transaksi pembelian dan penjualan saham-saham secara terperinci termasuk segala caj yang dikenakan melalui laporan yang akan disediakan oleh pengurus dana kepada pelabur.

 

Bagi pelabur-pelabur yang ingin menceburi pelaburan private mandate ini perlu tahu apakah jenis-jenis private mandate. Terdapat 2 jenis private mandate :

 

  • Non-Discretionary 

Non-Discretionary ialah apabila pelabur mempunyai hak untuk override dan memberi arahan kepada pengurus dana dalam melakukan pembelian dan jualan saham di pasaran. Sebagai contohnya, pelabur memberikan arahan kepada pengurus dana untuk tidak membeli saham-saham dari sektor hartanah kerana keadaan pasaran yang tidak menentu dan pengurus dana perlu mengikut arahan pelabur.

 

  • Full Discretionary

Private mandate jenis ini adalah berlawanan dengan jenis di atas di mana pelabur memberikan kuasa penuh kepada pengurus dana untuk menguruskan pelaburan tanpa ada sebarang campur tangan daripada pelabur.

 

volatiliti

 

Ada juga pendapat yang mengatakan private mandate ini sama seperti unit trust atau dana amanah, iaitu “pool of investors money” dan membentuk dana. Dengan dana ini pengurus dana akan membuat pelaburan kepada saham-saham yang berkenaaan. Manakala private mandate pula “duit individu” yang dikendalikan oleh seorang atau lebih pengurus dana yang akan customemade profil pelaburan .

volatiliti

Rajah 1 : Contoh Dana Amanah

 

volatiliti

 

Kos-kos

Kos yang terlibat bagi private mandate ialah caj jualan sebanyak 5% dikenakan atas pembukaan akaun dan setiap kali pertambahan dana yang dimasukkan oleh pelabur.

 

Jika seorang pelabur, melabur RM100,000, pelabur perlu membayar sebanyak RM5,000 kepada pihak pengurusan. Selain itu, fi pengurusan sebanyak 1.5% dikenakan setahun. Kos ini biasanya dikenakan setiap hujung tahun berdasarkan jumlah dana terkini di dalam akaun pelabur.

 

Kos lain juga disebut sebagai Fi Prestasi (Performance fee) yang juga dikenali sebagai profit sharing dengan pengurus dana sebanyak 20% ke atas jumlah kasar keuntungan pelaburan dan mengikut kaedah "high watermark”. Contohnya jika pelabur melabur RM100,000 dan pelabur akan mendapat pulangan 50% menjadikan keseluruhan dana kepada RM150,000.

 

Secara matematiknya, 20% daripada untung bersih bernilai RM50,000 ialah RM10,000 yang merupakan milik syarikat pengurusan. Jumlah besar RM40,00 adalah keuntungan milik pelabur.  Jika pelaburan private mandate mengalami kerugian pula, pengurus dana tidak layak menerima performance fee ini. Secara asasnya semua caj yang dikenakan bagi pelaburan private mandate ini adalah tidak sama antara syarikat pelaburan dana.

 

volatiliti

 

Inter-Pacific Asset Management contohnya, telah berjaya meraih keuntungan sebanyak 137.70% dalam tempoh 19 bulan dan purata setiap bulan sekitar 7.25%. Dalam ketidaktentuan ekonomi dan pasaran saham pada masa kini, pelaburan private mandate boleh dijadikan sebagai satu pilihan kerana pengurus dana ini akan menggunakan pelaburan psikologi bersama “jerung-jerung lain" dalam pasaran saham bagi meraih pulangan yang baik. 

 

Pelabur juga tidak perlu risau kerana pastinya pengurus dana ini akan menjaga pelaburan ini dengan baik dengan menguruskan portfolio pelaburan untuk mengoptimumkan pulangan dan juga menguruskan kadar risiko pelaburan dengan memilih saham yang berpotensi tinggi seperti di pasaran saham global NYSE, NASDAQ dan lain lain.   - DagangNews.com

 


 

SYAMSYUL SAMSUDIN adalah pensyarah kanan dan pelabur tegar di Bursa Malaysia yang mempunyai kepakaran dalam menganalisis kewangan syarikat dan juga banyak menulis di akhbar-akhbar utama di Malaysia berkaitan pelaburan, kewangan dan ekonomi. Kini merupakan kolumnis DagangNews.com menerusi ruangan VOLATILITI setiap Rabu.

 

KOLEKSI VOLATILITI

Perniagaan Perlu Manfaatkan Platform e-Dagang Hadapi Cabaran Pasca Pandemik

Kesan NPL ke atas Sistem Kewangan Malaysia

EMAS: PELABURAN, PERHIASAN ATAU PELINDUNG NILAI?

Landskap Industri Minyak & Gas, Petronas dan Masa Depan

Menafsir vaksin, perjanjian bilateral Malaysia-China, KDNK di bursa saham

Boss Top Glove dapat dividen RM490 juta

Pelaburan Derivatif Juga Satu Pilihan

Masih Ada Saham Yang Menguntungkan Dalam Ketidakstabilan Ekonomi

Kestabilan Monetari Bagi mengukuhkan Ringgit

PERMAI: suntikan fiskal bantu rakyat, rancakkan ekonomi

5 Strategi utama pulihkan negara pada 2021

Masihkah relevan January Effect ke atas pasaran saham

Menyusun semula ekuiti bumiputera dalam pelaburan institusi

Selamat tinggal kemeruapan dan ketidakpastian pasaran saham 2020

 

 

 

 

 

 

 

Portfolio Tags