Bina `kepakaran' hadapi risiko hidup zaman COVID-19 | DagangNews Skip to main content
DagangNews.com
DEWI - 29 January 2021

Bina `kepakaran' hadapi risiko hidup zaman COVID-19

 

 

RISIKO kehidupan semasa pandemik COVID-19 ini, membicarakan mengenai kehidupan, ia membayangkan kehebatan warna-warni kehidupan dan keadaan persekitaran, corak kehidupan bakal dihadapi, bentuk kekeliruan bakal diperoleh oleh setiap individu.

 

Kesinambungan diri sendiri masih keliru mengenai kehidupan, risiko kehidupan diri sendiri ini amat membimbangkan. Situasi tersebut dihadapi dahulu oleh diri sendiri ini bakal menjadi kritikal, memberi kesan negarif kepada keadaan persekitaran kehidupan masyarakat. Maka keadaan kehidupan dibayangkan dengan arah perjalanan yang telah dipilih oleh setiap individu itu sendiri.

 

Fungsi kepakaran diri sendiri dalam menghadapi kesan risiko kehidupan semasa

Ini dapat dinyatakan dengan cadangan kaedah praktikal kepada pembentukan fungsi kepakaran di dalam diri sendiri mengenai pemahaman menghadapi dan menghalang kesan risiko kehidupan. Apakah kaedah praktikal bagi menjelaskan pembentukan fungsi pemahaman menghadapi dan menghalang kesan risiko kehidupan?

 

Pertanyaan maksud risiko kehidupan, warna-warni kehidupan diri sendiri, corak kehidupan diri sendiri semasa dan masihkah keliru dengan kehidupan sendiri itu merupakan penjelasan daripada pertanyaan yang amat berkesan kepada setiap penghasilan keputusan kegembiraan, kejayaan dan keuntungan di dalam kehidupan sendiri.

 

 

dewi

 

 

Berikut adalah senarai tindakan dijadikan satu garis panduan diri sendiri bagi menghadapi kesan risiko kehidupan semasa:

 

  1. Mendirikan fungsi kepakaran diri sendiri dalam menghadapi kesan risiko kehidupan semasa.
  • Senaraikan dan kenalpasti kemampuan diri sendiri
  • Pastikan kekuatan tenaga diri sendiri fizikal dan mental itu dalam keadaan terbaik
  • Faham akan senarai kekurangan dan kemampuan tenaga diri sendiri fizikal dan mental
  • Menahami keadaan persekitaraan dan keadaan akan datang bakal memberi kesan kepada kehidupan sendiri

 

  1. Mengkaji semula apa kehidupan dan risiko kehidupan diri sendiri
  • Dapatkan pelaburan yang baik bagi membentuk potensi diri sendiri
  • Mengenal pasti akan kesan terperinci kepada perubahan teknologi semasa dan pembentukan perkhidmatan kemanusian yang berbeza.

 

  1. Mengenal pasti fokus utama kehidupan dan risiko kehidupan diri sendiri
  • Pembentukan dan pembangunan strategi kehidupan diri sendiri penting ini memastikan bentuk keputusan ada di dalam pemikiran diri sendiri sebelum membuat keputusan yang kritikal.
  • Sentiasa membuat keputusan di dalam kehidupan setelah faham tindakan pengesanan keputusan dengan terperinci

 

  1. Dapatkan maklumat terperinci mengenai kemampuan diri dalam menghadapi kehidupan dan risiko kehidupan
  • Mempunyai senarai kemampuan diri sendiri
  • Mengenali kemampuan diri sendiri dan tidak meniru akan kemampuan orang lain.

 

  1. Pastikan ada garis panduan untuk menyatakan fungsi diri sendiri dalam kehidupan
  • Setiap individu sudah pasti mempunyai sikap dan sifat yang amat memerlukan panduan terkini, panduan semasa dan panduan akan datang untuk perkembangan kehidupan diri sendiri.
  • Garis panduan perlu dijadikan ingatan kepada fungsi diri sendiri di dalam kehidupan
  • Mendirikan dan pastikan ada komponen terperinci untuk menilai kehebatan di dalam diri sendiri.
  • Pastikan kesan fungsi kepakaran diri sendiri dalam menghadapi kesan risiko kehidupan semasa

 

  1. Sentiasa mengkaji semula dan sentiasa mempunyai maklumat terkini mengenai fungsi kepakaran diri sendiri dalam menghadapi kesan risiko kehidupan semasa.

 

 

Setiap individu hendaklah faham fungsi kepakaran di dalam diri sendiri, mengkaji semula kenapa menghadapi kegagalan di dalam sebarang keputusan diambil dalam kehidupan. Kegagalan ini dapat menyatakan bahawa diri sendiri itu keliru tentang kehidupan semasa, diri sendiri takut menjadi tontonan dan takut menjadi bahan koleksi cerita mereka yang lain.  

 

Kehidupan semasa harus kenal risiko di persekitaran. Dengan memahami bentuk dan cara risiko bakal dihadapi, tindakan ini menjadikan diri sendiri kuat bagi menyusun atur perancangan terbaik sebagai perisai kemungkinan kegagalan dan kekecewaan dalam kehidupan semasa.

 

dewi

 

Pelbagai jenis corak risiko bakal dihadapi, perbezaan corak risiko menjadikan setiap perancangan bakal dilakukan sehingga menjadikan risiko kehidupan tersebut sebagai risiko dihitung dengan terperinci bagi mendapatkan kesimpulan terbaik.

 

Tindakan pengolehan risiko terhidang dengan terperinci, ini menjadikan sesuatu amat rumit dan memerlukan tindakan dengan masa panjang. Tindakan tersebut adalah satu usaha bakal menjadikan individu bosan untuk berusaha memahami risiko. Usaha peribadi tidak menghalang risiko terus berkembang, permasalahan ini telah menjadikan kepincangan di dalam diri sendiri untuk tidak berterusan berusaha dengan lebih terperinci.

 

Risiko Inovasi

Keadaan semasa kini menghadapi risiko inovasi, definisi risiko inovasi merupakan satu pelaburan kepada pemahaman persendirian iaitu perubahan semasa. Inovasi menyatakan kebarangkalian perkembangan semasa tetapi tidak menghasilkan keberkesanan terbaik kepada teknologi.

 

Setiap individu perlu faham pemilihan perkembangan teknologi semasa itu adalah atas pemilihan daripada diri sendiri. Perbuatan meniru pembentukan keadaan semasa merupakan satu perbuatan daripada diri yang amat miskin, kerana diri sendiri meniru penghasilan dan susun atur yang lain serta mendapat pulangan lumayan dari hasil meniru tersebut.

 

Kenapa tidak menjadikan pembentukan keadaan semasa itu sebagai panduan untuk membentuk inovasi yang baru dan tersendiri? Ini dapat diolahkan bahawa diri sendiri perlu memahami apakah kesan risiko inovasi kepada kehidupan peribadi sendiri terkini dan akan datang?

 

Pertanyaan semasa adakah setiap individu berani menghadapi pelbagai jenis risiko, bagaimana dengan penghuraian terkini untuk perancangan kehidupan diri sendiri. Pemahaman mengenai tujuan kehidupan semasa dan kepuasan kehidupan menjadi satu penyebab kepada hasil terbaik untuk pemahaman padu risiko kehidupan.

 

Kehidupan semasa terbentuk hasil daripada kekecewaan, kegembiraan dan kesedihan, indikator pembentuk kehidupan semasa ini menghasilkan satu pemahaman adakah individu tersebut faham dengan terperinci kesan risiko kehidupan diri sendiri.  Dalam situasi terkini individu menghadapi keadaan kritikal. Dimana ia menjadikan individu patah semangat, kecewa dan kosong jiwa.

 

Pemahaman terperinci terhadap pelbagai bentuk kesan risiko kehidupan bakal menjadikan situasi sebagai penyelesai masalah, terutama kepada diri sendiri, persekitaraan dan sebarang keputusan untuk kehidupan semasa.

 

Senarai daripada enam tindakan penting ini amat bernilai untuk dijadikan garis panduan untuk diri sendiri, terutama menghadapi kesan risiko kehidupan semasa. Pemahaman terbentuknya risiko kehidupan semasa bakal membantu individu untuk kuat menghadapi dan fahami kesan positif atau negatif penghasilan risiko kehidupan itu sendiri.

 

Risiko kehidupan semasa oleh setiap individu itu terlalu peribadi untuk diperkatakan, tindakan peribadi tersebut menjadikan tindakan semasa itu tidak membentuk sebarang peningkatan nilai kehidupan sendiri. Penghasilan dan pengamalan garis panduan kesan risiko kehidupan ini telah menghasilkan teknik berkesan bagi membina keyakinan diri sendiri, perhubungan erat untuk pembentukan keupayaan peribadi, pembentukan peningkatan diri sendiri dan pembentukan perancangan kehidupan yang terperinci.

 

dewi

 

Jangan tandus dalam menilai pembentukan kehidupan sendiri, penilaian untuk diri sendiri jangan dilakukan tanpa panduan dan tanpa pemahaman nilai risiko kehidupan sebenar.

 

Risiko pendedahan amalan kehidupan peribadi yang kosong dan tidak bermakna bakal menjadikan kualiti pengurusan peribadi pincang, kualiti pengamalan kehidupan peribadi tidak bernilai, tidak ada pengamalan gaya kepimpinan hebat, dan tidak ada nilai kreativiti dalam kehidupan peribadi sendiri, ianya bermaksud tiada sudah pendapat yang asli atau daya pemikiran terkini untuk mengubah keadaan semasa dahulu.

 

Fahami tidak ada keputusan kelulusan persekolahan yang hebat diperlukan bagi usaha untuk memahami bentuk dan kesan risiko kehidupan semasa, sekiranya individu itu faham bentuk risiko kehidupan semasa. Apakah kesan risiko kehidupan semasa, dan bagaimana menghadapi keadaan risiko kehidupan semasa, maka usaha individu itu jelas membantu perkembangan kehidupan terbaik kepada masyarakat yang lain.

 

Tanyalah kepada diri sendiri, bagaimana membantu persekitaraan ini dengan mempunyai perhubungan erat dan juga menjadikan kerjasama perhubungan semasa itu terbaik. Pastikan penghasilan perhubungan semasa itu tidak dilupai, biarpun ada pendapat yang berbeza, kita masih faham maksud kesan risiko kehidupan gagal atau berjaya di dalam kehidupan peribadi dan masyarakat setempat.

 

Tidak ada pahlawan lain menyerang teguh,
M
usuh halus matikan ramai, demamkan ribuan ibarat sakti
Ingat selalu ‘Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh’
Latihkan diri bersatu hebat fahami kesan risiko kini

 

Jalan terhalang tercuri luka
Luka tercalar berdarah senja
Kuatkan diri bersatu pada
Supaya tidak musnah kecewa

 

 

Dr Dewi Tajuddin adalah Pensyarah Kanan Pengurusan, (Pengkhususan Pengurusan Bakat, Pembangunan Sumber Manusia, Pengurusan Sumber Manusia dan Pengurusan Strategik), Fakulti Pengurusan dan Perniagaan di UiTM Sabah. - DagangNews.com

 

 

KOLEKSI DEWI

TAK FAHAM ANGKA KES POSITIF COVID-19 MAKIN NAIK

Golongan belia hamba kepada hutang

Boleh kerja sampingan, tetapi tidak boleh sampai tiga kerja serentak

Pertahankan amalan berbudi bahasa

Betulkah pemimpin itu memang dilahirkan untuk memimpin, atau boleh diasah?

Usahawan wanita perlu peka etika berniaga

BAGAIMANAKAH PRESTASI ANDA BEKERJA DARI RUMAH SEMASA COVID-19 INI?

Kaum hawa semakin tidak beradab?

ADAKAH SAYA FAHAM KEBERKESANAN BAKAT SAYA  DALAM KEHIDUPAN?

Hayati potensi bakat anda : Dari individu kepada institusi

The benefits of knowing your own talent

Understanding `talent' in achieving goals of an organisation

Bakat Kanak-Kanak si penghidu gam kasut

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Portfolio Tags