TAK FAHAM ANGKA KES POSITIF COVID-19 MAKIN NAIK
BERDASARKAN kenyataan CPRC Kebangsaan, bacaan untuk COVID-19 di Malaysia pada 20 Januari 2021, terdapat sebanyak 4,008 kes positif baharu iaitu 4,003 kes tempatan dan 5 adalah kes import. Kes sembuh seramai 2,374 manakalah jumlah kes aktif seramai 41,087 dan 11 kematian baharu. Jumlah bacaan dan peningkataan jumlah jangkitan COVID-19 berdasarkan tarikh dan masa yang terkini ini amat membimbangkan.
Melihat pada peningkatan kes, dasar utama yang dikaitkan adalah bagaimana membantu mengurangkan dapatan kes tersebut. Pengamalan yang ketat dan terperinci harus diambil peduli oleh setiap indivdiu iaitu mengamalkan SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pencegahan penularan jangkitan wabak coronavirus ini.
Sifat, Sikap dan Amalan
Apakah maksud SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)? Adakah setiap individu tersebut mengamalkan dengan jujur SOP Perintah Kawalan Pergerakan atau adakah setiap individu sudah tidak peduli SOP? Atau sememangnya langsung tidak faham apakah dimaksudkan dengan SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)?
Asas SOP yang sering dinyatakan iaitu penjarakan sosial iaitu mengehadkan jumlah individu dalam kumpulan yang melaksanakan aktiviti persekitaraan dilakukan secara bebas pergaulan sebagai contoh bersentuhan, tidak ada sebarang amalan penjarakan antara individu di dalam sebarang aktiviti dan pengamalan kebersihan yang tidak betul.
Penjelasan tersebut dinyatakan bahawa amalan SOP adalah satu tindakan yang amat berkesan bagi memutuskan rantaian wabak COVID-19, tetapi kenapa bacaan peningkatan jangkitan wabak COVID-19 makin meningkat dan bukannya menurun biarpun dikatakan 'keadaan masih terkawal'.
Apakah menurut bacaan tersebut dapat dirungkaikan bahawa SOP tidak diamalkan atau adakah cara pengamalan SOP itu tidak betul atau amalan itu dilaksanakan hanya sambil lewa bagi tujuan untuk terselamat daripada denda yang ditetapkan?
BACA JUGA KOLEKSI DEWI : Petua hilangkan stres semasa PKP
- SOP tidak diamalkan
Penyataan SOP Perintah Kawalan Pergerakan yang penting digariskan iaitu penjarakan sosial di mana mengehadkan jumlah individu dalam sesuatu kumpulan dalam melaksanakan aktiviti persekitaraan, tidak ada pergaulan secara bebas sebagai contoh bersentuhan, tidak ada sebarang amalan penjarakan antara individu di dalam sebarang aktiviti. Amalan SOP itu tidak diamalkan oleh sesama individu, ini dapat dinyatakan secara jelas iaitu individu ini mempunyai satu pengamalan sifat kebersihan yang tidak diambil kisah, tidak sayang kehidupan bermasyarakatan dan pentingkan diri sendiri.
- Amalan SOP tidak dipedulikan
Amalan SOP Perintah Kawalan Pergerakan tidak diambil peduli, kenapakah ada sifat tidak ambil peduli terhadap pengamalan ketat SOP tersebut? Keberangkalian sifat tidak ambil peduli ini adalah disebabkan individu berkemungkinan percaya akan pengamalan kebersihan diri sendiri dan persekitaran sudah mencapai tahap kebersihan, individu tidak mengambil peduli akan informasi amalan SOP dan juga bagaimana cara pengamalan SOP yang sebenar, individu mingkin yakin akan persekiraan individu ini bebas daripada wabak COVID-19 dan mungkin ianya meletakkan tanggungjawab mengambil peduli amalan SOP tersebut kepada orang persekitaran. Maklumat akan ada vaksin untuk wabak COVID-19 pada masa terdekat mungkin menjadikan individu sambil lewa untuk membuat amalan SOP kerana yakin vaksin akan membantu bagi menghidari diri daripada wabak COVID-19.
- SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) langsung tidak difahami oleh masyarakat
Ia mungkin disebabkan dapatan informasi SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) itu tidak sampai kepada masyarakat tertentu. Mungkin disebabkan masyarakat tersebut tidak mempunyai talian penghubung seperti televisyen, telefon, internet dan maklumat terperinci daripada pihak yang arif dan faham Amalan SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Mungkin juga persekitaran masyarakat terdapat golongan tidak berumah atau golongan ‘gelandangan’ yang tidur di kaki lima yang tidak mendapat maklumat terperinci. Mungkin ada yang mendapat informasi tersebut tetpi langsung tidak memahami apakah indikator mengenai amalan SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terutama mengenai kebersihan diri dan persekitaran.
Amalan SOP tidak difahami juga boleh dibuktikan dengan tidak mengamalkan pemakaian pelitup muka, tidak memakai pelitup muka dengan betul, memakai pelitup muka yang tidak membantu untuk menghidari jangkitan wabak iaitu memakai pelitup muka yang berfesyen yang tidak mengikut garis panduan pelitup muka, memakai pelitup muka yang sudah diguna pakai beberapa hari dan mungkin memakai pelitup muka yang dikutip kerana tidak tahu untuk mendapatkan sumber pelitup muka percuma. Tidak dapat mengamalkan tahap kebersihan yang betul iaitu tidak dapat mandi kerana tiada tempat untuk bersihkan badan atau sudah menjadi sifat individu untuk tidak mengambil berat pengamalan kebersihan diri seperti membasuh tangan dan mandi.
Dengan penyataan contoh jenis amalan Amalan SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) wabak COVID-19 dapat diperkatakan bahawa salah satu penyebab peningkatan jangkitan wabak COVID-19 adalah berpunca daripada amalan sikap manusia dalam diri individu, masyarakat dan persekitaraan.
- Sifat dan Sikap
Berikut tersenarai sikap manusia yang telah digariskan ada di dalam kehidupan iaitu, individu itu bersifat lemah, sifat sering terpedaya, sifat lalai, sifat penakut, sifat bersedih hati, sifat tergesa-gesa, sifat suka membantah, sifat suka berlebih-lebihan, sifat pelupa, sifat berkeluh resah, sifat kedekut, sifat kufur nikmat, sifat zalim dan bodoh, sifat prasangka dan berangan-angan.
Berikut adalah huraian kaitan sifat dan sikap manusia di dalam kehidupan dengan Amalan SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) wabak COVID-19 dan peningkatan bacaan jangkitan wabak COVID-19 di seluruh Malaysia:
- Individu bersifat lemah
- Individu bersifat sering terpedaya
- Individu bersifat lali
- Individu bersifat penakut
- Individu bersifat bersedih hati
- Individu bersifat tergesa-gesa
- Individu bersifat suka membantah
- Individu bersifat suka berlebih-lebihan
- Individu bersifat pelupa
- Individu bersifat berkeluh kesah
- Individu bersifat kedekut
- Individu bersifat suka kufur nikmat
- Individu bersifat zalim dan bodoh
- Individu bersifat prasangka
- Individu bersifat berangan-angan
Individu bersifat lemah, walaubagaimana hebat di dalammasyarakat, organisasi atau perniagaan, sifat lemah itu adalah wujud sejak azali.
Agama Islam menyatakan setiap individi harus yakin dan berpegang teguh kepada talian agama dan petunjuk-petunjuk dari Allah kerana setiap individu itu bersifat lemah.
Individu harus faham bahawa sifat kelemahan diri adalah antara punca menyumbang kepada peningkatan bacaan serangan wabak COVID-19, individu yang tidak yakin bahawa setiap petunjuk yang telah Allah berikan itu adalah disebabkan perubahan terhadap sifat, sikap di dalam diri sendiri yang keliru dan tidak mengambil tahu bahawa diri sendiri itu adalah individu yang bersifat lemah yang masih memerlukan pengetahuan untuk menghadapi masalah diri sendiri dan masalah semasa.
Setiap permasalahan masih ada jalan penyelesaian. Permasalahan yang meluas dihadapi kini adalah berpunca daripada penyebaran dan jangkitan wabak COVID-19, telah dipastikan salah satu cara menyumbang kepada penularan wabak ini adalah kegagalan menjaga kebersihan diri. Untuk menjaga kebersihan diri dan perhubungan sesama individu tersebut, telah diberikan satu garis panduan yang perlu diikuti bagi menghalang penularan wabak ini iaitu dengan mengamalkan SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan terperinci dan betul.
Dalam menghadapi akan serangan wabak COVID-19 setiap individu harus faham kelemahan diri sendiri itu masih perlu pendedahan pelbagai ilmu pengetahuan dan dipraktiskan dengan betul bagi menyelesaikan masalah atau mengurangkan masalah yang dihadapi kini. Jangan jadikan kelemahan diri sendiri yang sedia ada itu sebagai alasan untuk tidak belajar beberapa informasi yang betul seperti wabak COVID-19, kesan serangan wabak COVID-19, cara mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan meminimumkan atau menyelesaikan penularan serangan wabak ini.
Apabila faham sifat individu yang sudah ada di dalam setiap individu itu mengenai penerangan kewujudan wabak COVID-19 harus terperinci dan harus dipastikan maklumat tersebut telah sampai kepada setiap individu yang ada, manakala kepada individu yang tidak sihat hendaklah mendapat bantuan daripada individu yang lain untuk memberi pemahaman atau dikawal selia.
Sifat-sifat individu yang ada dalam amalan semasa diri sendiri merupakan penyumbang kepada keberhasilan positif atau negatif untuk Amalan SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sikap sering terpedaya dengan keadaan persekitaran tanpa faham mengenai keberangkalian berlaku serangan seterusnya. Sikap yang sering lalai, apa yang telah berlaku tidak diambil berat dan tidak dilaksanakan amalan yang telah digariskan dengan tepat dan betul ini menggambarkan masyarakat yang ada telah lalai dengan tanggungjawab. Sikap individu penakut, dikaitkan dengan nilai diri yan tidak mempunyai semangat yang kuat di dalam membantu membanteras penyerangan wabak ini.
Sikap individu tergesa-gesa, sikap suka membantah, suka berlebih-lebihan, pelupa dan sering keluh-kesah, manakala sikap individu yang kedekut, suka kufur nikmat, zalim dan bodoh, berprasangka dan berangan-angan, dengan adanya sikap-sikap sebegini ia pasti menumpulkan keberkesanan Amalan SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Apabila individu mempunyai sikap kedekut untuk berkongsi pengetahuan atau memberi sumbangan pembelanjaan, sikap kufur akan nikmat yang ada, bersikap zalim dan bodoh dalam membuat keputusan untuk diri sendiri dan masyarakat sebagai contoh tidak melaksanakan Amalan SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jelas dikaitkan bahawa individu tersebut bersikap zalim kepada diri sendiri dan masyarakat manakala bersikap bodoh dengan membuat keputusan salah kerana tidak melaksanakan dan mempraktiskan Amalan SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Fahami Sifat dan Sikap Diri Sendiri
Senarai sifat manusia dan sikap manusia di dalam perhubungan bersama Amalan SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) wabak COVID-19 dan peningkatan bacaan jangkitan wabak COVID-19 di seluruh Malaysia mempunyai kesimbungan yang amat jelas.
Setiap individu mesti faham sifat-sifat yang sudah ada di dalam diri sendiri, apabila sudah faham maka kelemahan diri sendiri sudah pun dikenal pasti.
Apabila sudah kenal pasti sifat-sifat yang ada dalam diri sendiri, terjawabkah lima soalan berikut?
- Adakah faham sifat-sifat yang telah ada di dalam diri sendiri?
- Adakah sifat-sifat tersebut diamalkan dengan keadaan yang betul?
- Adakah sifat-sifat tersebut membantu dalam menyelesaikan masalah persekitraan dan masyarakat?
- Adakah sikap diri sendiri gagal dalam sebarang tindakan kerana disebabkan tidak faham sifat-sifat yang ada di dalam diri sendiri?
- Adakah kegagalan penurunan atau kenaikan bilangan bacaan jangkitan wabak COVID-19 di seluruh Malaysia di sebabkan individu tidak faham akan sikap tanggungjawab diri dan sifat kelemahan diri sendiri?
Jawapan yang diperoleh daripada lima soalan ini mempunyai kaitan dengan tahap pemahaman sifat-sifat dan sikap yang diamalkan oleh diri sendiri. Adakah diri sendiri merupakan antara individu yang menyumbang kepada peningkatan jangkitan wabak COVID-19 di Malaysia?
Sikap individu harus bekerja keras untuk tidak berada dalam kesan sifat kelemahan diri sendiri, yakinlah kita masih mempunyai ruang untuk memperbaiki dan mengamalkan tindakan hebat yang bakal membantu dalam meningkatkan keberkesanan tindakan amalan SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan menamatkan serangan wabak COVID-19.
Sekiranya diri sendiri sudah faham mengenai kesinambungan sifat-sifat diri, sikap diri dan pelaksanaan amalan yang telah digariskan, kasih sayang dan kerjasama sesama individu merupakan satu senjata yang hebat bagi memutuskan penularan jangkitan wabak COVID-19 ini, dengan mengamalkan SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di laksanakan dengan patuh, terperinci, betul dan jujur.
Dr Dewi Tajuddin adalah Pensyarah Kanan Pengurusan, (Pengkhususan Pengurusan Bakat, Pembangunan Sumber Manusia, Pengurusan Sumber Manusia dan Pengurusan Strategik), Fakulti Pengurusan dan Perniagaan di UiTM Sabah. - DagangNews.com
KOLEKSI DEWI
Golongan belia hamba kepada hutang
Boleh kerja sampingan, tetapi tidak boleh sampai tiga kerja serentak
Pertahankan amalan berbudi bahasa
Betulkah pemimpin itu memang dilahirkan untuk memimpin, atau boleh diasah?
Usahawan wanita perlu peka etika berniaga
BAGAIMANAKAH PRESTASI ANDA BEKERJA DARI RUMAH SEMASA COVID-19 INI?
Kaum hawa semakin tidak beradab?
ADAKAH SAYA FAHAM KEBERKESANAN BAKAT SAYA DALAM KEHIDUPAN?
Hayati potensi bakat anda : Dari individu kepada institusi
The benefits of knowing your own talent
Understanding `talent' in achieving goals of an organisation
Bakat Kanak-Kanak si penghidu gam kasut