Tiada warga kerja TNB terima 'habuan', terlibat sindiket curi elektrik perlombongan bitcoin
KUALA LUMPUR 2 Mac - Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesahkan warga kerjanya tidak pernah menerima sogokan atau ditahan pihak berkuasa, kononnya terlibat dalam sindiket mencuri elektrik membabitkan perlombongan bitcoin seperti yang dilaporkan sebahagian media.