Pavilion REIT ambil alih Banyan Tree, Pavilion Hotel Kuala Lumpur pada harga RM480 juta
KUALA LUMPUR 5 Dis - Pavilion Real Estate Investment Trust (Pavilion REIT) mengumumkan pengambilalihan dua aset hospitaliti berprestij di Kuala Lumpur, Banyan Tree Kuala Lumpur (BTKL) dan Pavilion Hotel Kuala Lumpur (PHKL) menerusi perjanjian bernilai RM480 juta.