Amrit Kaur dilantik sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bebas Axiata | DagangNews Skip to main content

Amrit Kaur dilantik sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bebas Axiata

Oleh SYAZA NORAZHARUDDIN

KUALA LUMPUR 1 Julai – Kumpulan Axiata melantik Amrit Kaur sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bebas berkuat kuasa 1 Julai 2024.

 

Amrit, 63, juga akan dilantik sebagai ahli dan Pengerusi Jawatankuasa Lembaga Audit, menurut kenyataan media Axiata di sini hari ini.

 

Beliau merupakan akauntan bertauliah bersama Institut Akauntan Malaysia dan Akauntan Awam di bawah Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia.

 

Beliau mempunyai pengalaman lebih 30 tahun  dalam kewangan termasuk pengurusan risiko dan menyumbang kepada amalan polisi kualiti yang mampan.

 

Sebagai juruaudit di PwC Malaysia beliau memegang pelbagai jawatan yang tinggi termasuk peranan kepimpinan luar negara. Beliau terlibat dengan pelbagai projek serta menasihati beberapa institusi tersenarai awam terbesar di Malaysia.

 

Ketua Pengarah Axiata Tan Sri Sharil Ridza Ridzuan yakin terhadap kepimpinan Amrit untuk membangunkan syarikat.

 

“Pengalaman beliau yang luas dalam bidang audit dan tadbir urus akan memberi kesan positif kepada operasi dan kewangan syarikat," katanya. - DagangNews.com