Siemens Healthineers Malaysia lantik Siow Ai Li sebagai Pengarah Urusan | DagangNews Skip to main content

Siemens Healthineers Malaysia lantik Siow Ai Li sebagai Pengarah Urusan

Oleh SYAZA NORAZHARUDDIN

KUALA LUMPUR 17 Sept - Siemens Healthineers, peneraju teknologi perubatan global, melantik Siow Ai Li sebagai Pengarah Urusan baharu bagi operasinya di Malaysia. 

 

Siow akan menggantikan Rod Frazer yang telah memegang jawatan tersebut selama lapan tahun.

 

Beliau membawa pengalaman luas dalam teknologi penjagaan kesihatan dengan rekod prestasi dalam memacu kemajuan strategik.

 

Menerusi pelantikan itu, beliau kini akan menyelia kedua-dua operasi  Siemens Healthineers Malaysia dan Singapura.

 

Menurut Siemens Healthineers, kepakaran beliau memainkan peranan penting dalam meneruskan inovasi dan kecemerlangan syarikat dalam penjagaan kesihatan.

 

Mengulas tentang jawatan baharunya, Siow berkata, beliau kekal teguh dalam meningkatkan penjagaan pesakit melalui teknologi terobosan dan rumusan penjagaan kesihatan.

 

Di samping itu, Siemens Healthineers merakamkan penghargaan kepada Rod Frazer atas perkhidmatan beliau. 

 

“Kepimpinan beliau amat penting dalam mewujudkan syarikat kami sebagai peneraju dalam teknologi penjagaan kesihatan dan kami mendoakan beliau terus berjaya dalam usaha masa depannya,” katanya. - DagangNews.com