SOGDC meterai perjanjian dengan Gibson Shiprokers UK bangunkan kemudahan minyak, gas di Sabah | DagangNews Skip to main content

SOGDC meterai perjanjian dengan Gibson Shiprokers UK bangunkan kemudahan minyak, gas di Sabah

Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang di Sabah
Oleh Mohamad Iman

KUALA LUMPUR 1 Julai - Gibson Shipbrokers Ltd yang berpangkalan di London dan Perbadanan Kemajuan Minyak & Gas Sabah (SOGDC) menandatangani perjanjian membangunkan kemudahan minyak dan gas di Sabah.

 

Kemudahan minyak dan gas itu akan dibangunkan di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang di Sabah, dan akan merangkumi pembinaan jeti, terminal simpanan hidrokarbon darat dan loji kuasa terapung, menurut kenyataan Gibson Shipbrokers.

 

Kemasukan kemudahan bunkering, pengendalian dan pengisian semula LNG juga sedang dipertimbangkan dengan teliti, tambahnya.

 

 

sabah

 

 

Kajian kemungkinan untuk pembangunan yang dicadangkan sedang dijalankan dan dijadualkan siap pada awal Julai 2024.

 

Pada 2022, kerajaan negeri Sabah dan firma tenaga negeri Petronas melancarkan pelan induk gas untuk memajukan lagi industri gas domestik. Ia termasuk pembinaan loji gas asli cecair (LNG) 2 juta tan setahun di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang.

 

 

 

 

Malaysia merupakan pengeksport LNG kelima terbesar di dunia tahun lalu, menghantar hampir 27 juta tan bahan api super sejuk pada 2023, menurut data Kpler dan LSEG. Sabah merupakan negeri pengeluar gas utama di Malaysia. - DagangNews.com