SPOTV siar kejohanan FIFA Club World Cup mulai 2 hingga 12 Februari 2023 | DagangNews Skip to main content

SPOTV siar kejohanan FIFA Club World Cup mulai 2 hingga 12 Februari 2023

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 2 Feb - SPOTV akan menyiarkan kejohanan bola sepak berprestij, FIFA Club World Cup 2022 bermula 2 hingga 12 Februari 2023.

 

Perkhidmatan penstriman itu dalam satu kenyataan berkata, peminat bola sepak akan dilayan dengan aksi kelas atasan daripada kelab terbaik dari seluruh dunia.

 

Katanya, ia melibatkan juara benua Afrika, Amerika, Asia, Oceania dan Eropah yang akan beraksi untuk kejohanan tahunan itu di Maghribi tahun ini.

 

"Kesemua tujuh perlawanan acara itu akan disiarkan secara langsung di saluran linear SPOTV, SPOTV 2 serta di aplikasi penstriman mudah alih, SPOTV NOW.

 

"Ia membolehkan peminat menonton kelab dan pemain kegemaran mereka beraksi dari Real Madrid FC (Sepanyol/UEFA), Al Ahly SC (Mesir/CAF), Auckland City FC (New Zealand/OFC), Wydad AC (Maghribi/CAF/tuan rumah), Seattle Sounders FC (AS/CONCACAF) dan Al Hilal (Arab Saudi/AFC )," katanya.

 

Tambahnya, SPOTV NOW boleh didapati di Hong Kong, Indonesia, Malaysia, Filipina dan Singapura menerusi Google Play Store dan App Store. 

 

 

Selain itu, saluran SPOTV boleh didapati di Malaysia di Astro dan Unifi TV. - DagangNews.com