Suzaizi Mohamad Morshid diumum sebagai Bendahari Kumpulan RHB | DagangNews Skip to main content

Suzaizi Mohamad Morshid diumum sebagai Bendahari Kumpulan RHB

Oleh SYAZA NORAZHARUDDIN

KUALA LUMPUR 1 Julai – RHB Banking Group melantik Suzaizi Mohamad Morshid sebagai Bendahari Kumpulan berkuat kuasa 1 Julai 2024.

 

Beliau mengambil alih posisi Angus Salim Salleh Amran yang dilantik sebagai Ketua Kewangan Mampan .

 

Suzaizi merupakan bendahari untuk RHB Islamic Bank pada 2008.

 

Pengalaman beliau yang lebih 25 tahun dalam bidang kewangan termasuk mengurus kewangan dan mengetuai pertukaran asing.

 

rhb
                 Angus Salim Salleh Amran

 

 

Ketua Perbankan Borong Kumpulan RHB, Datuk Fad’l Mohamed, berkata  pihaknya berbesar hati dengan pelantikan Suzaizi sebagai Bendahari Kumpulan.

 

"Saya yakin dengan kepimpinan Suzaizi akan membangunkan pasaran luar negara RHB," katanya.

 

Bekas Bendahari Kumpulan RHB, Angus Salim dilantik sebagai Ketua Kewangan Mampan pula akan membangunkan kewangan kumpulan dan membimbing pelanggan dalam transisi ESG. - DagangNews.com