Taraf saranan Glomac diturunkan kepada 'Neutral' dengan TP 43 sen sesaham - RHB Investment | DagangNews Skip to main content

Taraf saranan Glomac diturunkan kepada 'Neutral' dengan TP 43 sen sesaham - RHB Investment

Oleh M. HERMAN HAMID

KUALA LUMPUR 14 Jun - MIDF Research menurunkan taraf saranan Glomac Berhad daripada Beli kepada Neutral dengan harga sasaran (TP) yang tidak berubah pada 43 sen sesaham.

 

Menurut firma penyelidikan itu, penurunan penarafan itu disebabkan potensi kenaikan keuntungan bagi pemaju perumahan itu yang agak terhad.

 

Namun demikian, kata MIDF Research, walaupun pendapatan Glomac tidak menarik, prospek jualan diunjur akan kekal stabil.

 

"Kami mengemas kini ramalan pendapatan tahun kewangan 2025 dan 2026 (FY25F/26F) sebanyak -35% dan -24% mengambil kira bil penagihan kemajuan yang lebih rendah dan margin yang lebih rendah," katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

 

Sementara itu, MIDF Research menyifatkan pendapatan tahun kewangan 2024 Glomac adalah di bawah jangkaan.

 

"Pendapatan bersih teras Glomac untuk FY24 sebanyak RM6.6 juta tidak memenuhi jangkaan, menyumbang 43% dan 47% daripada ramalan konsensus kami. 

 

glomac

 

ARTIKEL BERKAITAN: Projek awam, swasta tak putus-putus, Kenanga Research kekal penarafan Overweight sektor pembinaan  

 

"Perlu diperhatikan bahawa kami telah mengecualikan keuntungan nilai wajar sebanyak RM17 juta bagi Glo Damansara Mall dalam pengiraan pendapatan bersih teras kami. 

 

"Penurunan negatif ini disebabkan oleh penagihan kemajuan yang lebih lemah daripada yang dijangka pada 4QFY24," jelasnya.

 

Sementara itu, kaa firma penyelidikan itu, Glomac mencatatkan jualan yang kukuh sebanyak RM218 juta dalam 4QFY24.

 

Katanya, ini membawa jumlah jualan baru keseluruhan kepada RM360 juta dalam FY24, yang lebih tinggi daripada jualan baru sebanyak RM302 juta dalam FY23. 

 

"Sementara itu, 60% daripada jualan baru dalam FY24 disumbangkan oleh projek-projek di Lakeside Residences yang termasuk projek semi-D dan kedai-kedai. 

 

"Ke hadapan, momentum jualan baru dalam FY25 dijangka lebih kuat disebabkan oleh pelancaran yang dirancang dengan GDV sebanyak RM425 juta untuk FY25. 

 

"Di sisi lain, jualan yang belum dibilkan meningkat kepada RM504 juta dalam 4QFY24 daripada RM347 juta dalam 3QFY24, memberikan hampir dua tahun kestabilan pendapatan," katanya. - DagangNews.com