Untung Tasco dijangka susut 15% pada FY25 kesan penggunaan gudang rendah - MIDF Research | DagangNews Skip to main content

Untung Tasco dijangka susut 15% pada FY25 kesan penggunaan gudang rendah - MIDF Research

Oleh SYAZA NORAZHARUDDIN

KUALA LUMPUR 5 Nov - MIDF Research menjangkakan keuntungan Tasco Bhd susut sebanyak 15% dan 12% masing-masing pada FY25 dan FY26 mencerminkan kadar dan volum pengangkutan laut dan kadar penggunaan gudang  yang lebih rendah. 

 

Firma penyelidikan itu mengekalkan saranan 'beli' terhadap Tasco dan menyemak semula harga sasaran (TP) kepada RM1.00 daripada RM1.20, berdasarkan pendapatan sesaham (EPS) FY26 pada 9.8 kali. 

 

“Bagi segmen pengangkutan udara utama Malaysia, ia meningkat sedikit pada 4QCY24 (3QFY25) dan dijangka kekal stabil berikutan ruang kargo yang terhad dan permintaan yang stabil.

 

“Sementara itu, kadar pengangkutan laut dijangka berada dalam aliran menurun susulan permintaan global yang lebih lemah akibat permintaan muatan hadapan yang berat pada 3QCY24 (2QFY25). 

 

"Sektor perniagaan tempatan Tasco pula menghadapi prestasi lemah berikutan kelemahan volum daripada pengeluar modul solar utama China yang menghentikan operasi pada pertengahan 2QFY25 kerana sekatan Amerika Syarikat (AS)," katanya dalam satu nota penyelidikan, hari ini.

 

MIDF berkata, West Port Logistics Centre (WPLC) blok A telah mencapai kapasiti penuh dengan pelanggan teknologi perubatan baharu AS dan dijangka sewaannya akan memberi impak kepada kewangan Tasco bermula pada 3QFY25.

 

"Kebanyakan gaji minimum pekerja asing Tasco akan dinaikkan kepada RM1,700 daripada RM1,500 yang akan mempertimbangkan insentif cukai yang diumumkan baru-baru ini bagi Kompleks Logistik Pintar (SLC).

 

"Kami menjangkakan Tasco akan memanfaatkan insentif yang menyerupai elaun cukai pelaburan itu pada Julai 2026," katanya. - DagangNews.com