Uzma raih kontrak RM43.9 juta daripada PTTEP bagi kerja-kerja perkhidmatan tiub bergelung | DagangNews Skip to main content

Uzma raih kontrak RM43.9 juta daripada PTTEP bagi kerja-kerja perkhidmatan tiub bergelung

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 13 Mei - Uzma Bhd menerusi anak syarikat luar negaranya, MMSVS Group Holding Co. Ltd. Thailand menerima kontrak bernilai RM43.9 juta daripada PTTEP International Limited bagi kerja-kerja penyediaan standard dan penggunaan khas perkhidmatan tiub bergelung serta pengepaman untuk operasi Zawtika.

 

Kumpulan itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata, skop kerja kumpulan itu adalah berdasarkan panggilan, terdiri daripada penyediaan standard dan aplikasi khas perkhidmatan tiub bergelung dan pengepaman untuk operasi Zawtika untuk melaksanakan perkhidmatan seperti yang dikehendaki oleh PTTEP.

 

"Kontrak itu berkuat kuasa pada 1 Mei 2024 sehingga 30 Jun 2026," katanya.

 

Kontrak itu tidak mempunyai sebarang kesan ke atas modal saham dan struktur pegangan saham syarikat kerana ia tidak melibatkan penerbitan saham biasa dalam syarikat itu.

 

Bagaimanapun, ia dijangka menyumbang secara positif terhadap pendapatan dan aset bersih sesaham Syarikat bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2024 dan seterusnya sehingga tamat kontrak.

 

Tiada pengarah dan/atau pemegang saham utama dan/atau orang yang berkaitan dengan pengarah dan/atau pemegang saham utama Uzma mempunyai sebarang kepentingan secara langsung atau tidak langsung dalam kontrak. - DagangNews.com