Petronas tangguh operasi UDH atas faktor ekonomi | DagangNews Skip to main content

Petronas tangguh operasi UDH atas faktor ekonomi



KUALA LUMPUR 27 Julai – Petronas menangguhkan pengoperasian semula Unit Diesel Hydrotreating di Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID), Kompleks Bersepadu Pengerang yang terbakar 15 Mac lalu.

`` Petronas Refinery and Petrochemical Corporation (PrefChem) merancang untuk menangguhkannya dari September hingga awal 2021, namun operasi unit-unit lain di dalam kompleks bersepadu petrokimia itu berjalan seperti biasa.

``Penangguhan itu disebabkan `faktor-faktor ekonomi’,’’ kata sumber kepada S&P Global Platts, baru-baru ini.

Rapid
ANGGOTA Bomba memadam api kebakaran di Unit Diesel Hydrotreating, Kompleks Bersepadu Pengerang pada 15 Mac lalu.


Dalam insiden kebakaran dan letupan kira-kira jam 10.50 malam pada 15 Mac lalu, lima pekerja telah terbunuh.

Pada April tahun lalu, satu kejadian seumpamanya turut berlaku tetapi tidak mendatangkan kematian dengan hanya dua pengawal keselamatan mengalami kecederaan ringan. – DagangNews.com