Yusuf Islam keluar masuk 6 kedai cari mikrofon nyanyian
DALAM kesibukan dua kerja yang hari ke hari semakin menekan dan penuh kejadian yang tidak disangka-sangka. Kekadang telefon asyik berbunyi kerana DuTel memerlukan seorang yang penuh komitmen dengan tugas-tugas, manakala dengan Yusuf memerlukan kerja di luar untuk promosi album dan ceramah.
Saya kepenatan dan bekerja hingga malam untuk bertemu dengan orang-orang penting dan sentiasa mengubah jadual mengikut kepentingan.
Untuk DuTel masih lagi dengan organisasi di bawah PCFC dan belum lagi dengan syarikat bebas cukai yang hampir 4,500 buah di Jebel Ali.
Baru jabatan kastam dan bebas cukai yang kedudukan merata di Dubai. Belum lagi pergi ke pelabuhan yang terletak di dua kawasan yang luas.
PCFC atau Ports, Customs and Free Zone Corporation adalah sebuah syarikat kerajaan Dubai yang menyatukan peranan anak syarikat dan entiti. Secara rasmi ditubuhkan pada tahun 2001, entiti di bawah payung PCFC merangkumi beberapa jabatan kerajaan yang paling lama berkhidmat dan berjaya secara komersial.
PCFC menyatukan dan menggabungkan peranan anak-anak syarikat dan entiti yaitu, Dubai Customs, Dubai Ports Authority, JAFZA, Dubai Maritime City Authority, Trakhees, Customs World, Pelabuhan P&O, DUTECH, Keselamatan PCFC dan Pelaburan PCFC, termasuk DuTel yang baru ditubuhkan.
PCFC adalah salah satu badan kerajaan utama UAE yang menyumbang dan mendorong visi ekonomi, sosial, geografi dan politik Dubai.
PCFC telah menjadi pelopor perdagangan, adat istiadat dan logistik bukan hanya di Dubai tetapi di seluruh rantau Timur Tengah. Ini telah mengembangkan perniagaan yang telah membuat beberapa mercu tanda Dubai yang paling ikonik, mencipta semula konsep Zon Bebas dan terus menjadi pemangkin dalam lanskap perniagaan yang sentiasa berubah.
Sebagai syarikat induk dengan sejarah menentukan masa depan, PCFC terus mengikuti moto "Kemakmuran Melalui Kemajuan" dengan membolehkan industri perdagangan dan logistik mendorong pertumbuhan ekonomi Dubai ke depan.
PCFC kini menggajikan lebih daripada 3,600 lelaki dan wanita di dalam semua entitinya yang dengan bangga melayani komuniti perdagangan dan perniagaan supaya terus berkembang di Dubai.
Seiring berjalannya waktu, entiti ini telah berkembang dalam jumlah dan kepelbagaian, mulai dari Dubai Customs, pelabuhan utama seperti Port Rashid dan Jebel Ali, dan hingga PCFC Investments and Hotels yang jauh.
Pada tahun 2015, PCFC telah memproses lebih dari 800 bilion AED perdagangan asing langsung dalam kategori import, eksport dan eksport semula.
Kejayaan ini umumnya disebabkan oleh penggunaan teknologi inovatif yang menjadi nadi setiap perniagaan PCFC. Teknologi seperti sistem pengisytiharan Kastam elektronik pintar Dubai Customs - Mirsal, yang tidak hanya berkembang menjadi salah satu platform kastam berteknologi tinggi paling moden tetapi juga telah disatukan dengan platform fasilitasi perdagangan Dubai.
Begitulah PCFC dan dengan kemunculan DuTel menyemarakkan sektor telekomunikasi yang bergerak pantas di seluruh dunia. Hanya DuTel terpaksa dirahsiakan terlebih dahulu ketika Etisalat masih lagi memegang monopoli.
Dalam pada Yusuf datang untuk persembahan di Kompleks membeli belah Al Ghurair bersama penyanyi dari Afrika Selatan, Zain Bikha yang datang ke Dubai untuk lawatan. Pertama kali dan saya terpaksa melayan dalam kesibukan.
Zain seorang yang baik dan saya amat gembira bertemunya.
Zain adalah nama yang sangat disukai dalam kalangan umat Islam di seluruh dunia sejak 1994. Dia juga terkenal dengan usaha kolaborasinya dengan penghibur Muslim terkemuka lainnya, termasuk Dawud Wharnsby-Ali.
Zain Bhikha juga menulis dan mengarahkan drama serta mengadakan bengkel ekspresi kreatif yang dijalankan secara khusus di sekolah. Dia telah mengeluarkan lebih daripada 10 album dalam kariernya selama 25 tahun.
Zain turut menulis puisi yang menggembirakan dan membawa anak-anak dalam perjalanan melalui alam dan warna, mengingatkan mereka tentang pentingnya cinta, kepercayaan dan rasa syukur.
Buku lagu ini berdasarkan lirik lagu kanak-kanak Cotton Candy Sky.
Sementara Yusuf meminta saya mencari sistem pembesar suara yang saya tidak pernah ambil tahu. Saya ada pergi ke konsert David Bowie di Wellington tetapi tidak tahu sistem yang digunakan.
Mungkin Yusuf suruh cari mikrofon berjenama Bose untuk persembahan. Saya pergi ke kedai sistem suara dan pening kepala kerana banyak sistem yang ada.
Saya tidak pernah terfikir betapa banyak mikrofon yang digunakan dengan pelbagai jenis, saiz kecil hingga ke saiz besar. Pelbagai jenama yang ada dari seluruh dunia.
Yusuf hanya ketawa dan dia ke Dubai dan terus mencari sama. Setelah pergi ke enam kedai, Yusuf menunjukkan mikrofon yang dikehendaki.
Saya lega dan terus bersiap untuk persembahan Yusuf yang pertama di Dubai!
Mohd Fudzail Mohd Nor telah aktif menulis di pelbagai medium termasuk sebagai kolumnis portal berita dan memenangi banyak hadiah sastera selama beliau berkelana di luar negara. Kolum Wainuiomata ini adalah bersempena nama bandar universiti beliau di New Zealand. - DagangNews.com
BACA JUGA WAINUIOMATA : Aktif gerakan reformasi 1999, TV3 buang kerja!!!
dan
- Polis SB cam penyokong reformasi di Dubai
- Dr Othman Yeop beritahu, Dr Mahathir akan datang melawat Dubai
- Gergawi tanya : Are you on the take?
- Sheikh al Maktoum bagi tugasan mendadak
- Terpaksa masuk penjara Dubai bersama Cat Stevens
- Pegang 2 jawatan serentak di Dubai, serta uruskan Cat Stevens
- Orang Luar Pertama Menjejak Kaki ke Pulau Palma Dubai
- Mengurus produksi Mountain of Light Yusuf Islam
- Misi sulit tubuhkan Telco kedua hapuskan monopoli
- Sambut Ramadan bersama Yusuf Islam di Dubai Shopping Festival
- Orang Rompin di Dubai buat Sultan Pahang ketawa