Hasil Binastra pada 3QFY25 melonjak 120% kepada RM265.9 juta dipacu segmen pembinaan
KUALA LUMPUR 19 Dis - Binastra Corporation Bhd mencatatkan peningkatan hasil sebanyak 120% kepada RM265.9 juta pada suku ketiga berakhir 31 Oktober 2024 (3QFY25) berbanding RM120.9 juta pada suku sama tahun sebelumnya didorong kecemerlangan segmen pembinaan.