AWC, USM jalin kerjasama wujudkan kampus pintar, fokus kepada e-mobiliti
KUALA LUMPUR 18 Okt - AWC Berhad memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Universiti Sains Malaysia (USM) bagi meneroka kemungkinan mewujudkan kampus pintar dan hijau dengan fokus kepada penyediaan basikal elektrik (e-Mobiliti).