Terkini | DagangNews Skip to main content

AmInvestment kekal berhati-hati terhadap prospek jangka pendek Guan Chong kesan kenaikan harga koko, pengeluaran yang lemah

KUALA LUMPUR 6 Mac - AmInvestment Bank Research kekal berhati-hati terhadap prospek jangka pendek Guan Chong Bhd kesan daripada kenaikan harga koko dan hasil pengeluaran yang lemah.

 

UDA komited pacu kelestarian alam sekitar melalui kerjasama dengan JPNJ

KUALA LUMPUR 6 Mac - UDA Holdings Berhad menerusi anak syarikat UDA Land South Sdn Bhd dan Angsana Johor Bahru Mall, mengambil langkah proaktif untuk mengukuhkan usaha kelestarian alam sekitar melalui kerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ).

 

Laporan Ketua Audit: Felda, PR1MA diberi syor susulan hutang tinggi, terlalu bergantung kepada kerajaan

KUALA LUMPUR 6 Mac - Felda dan Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) menghadapi isu usaha berterusan berdasarkan tahap keberhutangan dan kebergantungan kedua-dua agensi itu kepada bantuan kerajaan, sama ada dalam bentuk geran, pinjaman atau jaminan.

 

Duopharma pengedar eksklusif peranti perubatan Owen Mumford di Malaysia, Singapura dan Brunei

KUALA LUMPUR 6 Mac - Duopharma Biotech Berhad menerusi anak syarikatnya, Duopharma Marketing Sdn Bhd dilantik sebagai pengedar eksklusif peranti perubatan Owen Mumford di Malaysia, Singapura dan Brunei.

 

Prolintas Infra Business Trust dijangka jana RM445.3 juta daripada penyenaraian IPO Pasaran Utama Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR 6 Mac - Prolintas Infra Business Trust mula menerima permohonan tawaran awam permulaan (IPO) daripada pelabur yang dianggar menjana sebanyak RM445.3 juta dan ia akan disenaraikan sebagai syarikat amanah perniagaan lebuh raya pertama di negara ini.

 

TH Plantations perlu lebih banyak data serta pendedahan bagi meningkatkan keuntungan dan memenuhi matlamat kemampanan

KUALA LUMPUR 6 Mac - TH Plantations Bhd perlu mengumpul lebih banyak data selain mendapatkan pendedahan ke arah memenuhi matlamat kemampanan selain keutamannya untuk meningkatkan keuntungan serta menurunkan penggearan kumpulan.

 

Cypark jamin dana projek solar mencukupi meski pembayaran kupon sukuk ditangguh

KUALA LUMPUR 6 Mac - Cypark Resources Berhad (CRB) menangguhkan pembayaran kupon yang perlu dibayar pada 4 Mac 2024 untuk program sukuk kekal bagi mengutamakan dana penyiapan projek pada suku kedua tahun ini.

 

Pakar ekonomi bidas Ahli Parlimen PH guna hujah tempahan hotel untuk banding era kerajaan PN

KUALA LUMPUR 6 Mac - Hujah hotel penuh ditempah bukti rakyat kini lebih gembira di bawah kerajaan perpaduan berbanding kerajaan terdahulu seperti dibangkitkan seorang Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) adalah tidak berasas sama sekali, kata ahli ekonomi.

 

RHB Investment menilai Alpha IVF yang bakal disenaraikan di Pasaran ACE pada 40 sen

KUALA LUMPUR 6 Mac - RHB Investment menilai saham pusat rawatan kesuburan, Alpha IVF Group Bhd yang akan disenarai di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 22 Mac 2024 pada 40 sen sesaham, iaitu pulangan 25% lebih tinggi daripada harga tawaran awam permulaannya (IPO) bernilai 32 sen.

Permintaan terhadap perkhidmatan penjagaan kesihatan swasta diunjur terus meningkat hasil pertumbuhan positif segmen pelancongan perubatan

KUALA LUMPUR 6 Mac - RHB Investment menjangkakan permintaan untuk perkhidmatan penjagaan perkidmatan swasta terus meningkat disokong oleh beberapa faktor termasuk pertumbuhan menggalakkan daripada segmen pelancongan perubatan.

 

Subscribe to Terkini