MR DIY dijangka buka lebih 180 cawangan baharu tahun ini - HLIB
KUALA LUMPUR 9 Nov - Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research mengekalkan saranan 'beli' terhadap MR DIY Group (M) Bhd. dengan harga sasaran disemak lebih rendah pada RM2.40 daripada RM2.92 sesaham sebelum itu selepas prestasi suku ketiga tersasar daripada jangkaannya.