KUALA LUMPUR 8 Nov - KNM Group Bhd. mengumumkan peletakan jawatan Terence Tan Koon Ping sebagai pengarah eksekutif dan ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa hari ini.
KUALA LUMPUR 8 Nov - Altair Engineering Sdn. Bhd. yang merupakan operasi Altair Inc. di Malaysia menggalakkan perusahaan Malaysia untuk mempercepatkan penggunaan teknologi termaju untuk memacu pertumbuhan ekonomi.
KUALA LUMPUR 8 Nov - Untung bersih Hartalega Holdings Bhd. bagi suku kedua berakhir 30 September 2022 susut 96.9% kepada RM28.34 juta daripada RM914.01 juta bagi tempoh sama tahun sebelumnya berikutan pendapatan yang lebih rendah pada tempoh berkenaan.
BERA 8 Nov - Penganjuran Karnival #KeluargaMalaysia: Anak Muda GEGOR Bera pada 12 November 2022 dijangka akan menghimpunkan lebih 2,000 belia dari Parlimen Bera dan kawasan berhampiran, menerusi pelbagai program menarik termasuk e-sukan.
PADANG TERAP 8 Nov - Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) melalui Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) menyasarkan untuk menambah keluasan tanam semula getah di negeri Kedah seluas 2,500 hektar tahun ini.
KUALA LUMPUR 8 Nov - Meningkatkan pelaburan langsung domestik (DDI) adalah penting untuk pertumbuhan mampan Malaysia memandangkan sumbangannya yang besar kepada ekonomi negara, kata Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).
KUALA LUMPUR 8 Nov - Cabang hiliran Sime Darby Plantation Bhd., Sime Darby Oils (SDO) melabur lebih AS$150 juta (RM711.18 juta) untuk membina kilang penapisan minyak dan lemak khusus baharu di Sumatera, Indonesia yang dijangka beroperasi pada 2024.
KUALA LUMPUR 8 Nov - Telekom Malaysia Berhad (TM) menerusi unit yayasannya, (YTM) terus menyokong pembangunan industri kreatif negara dengan penganjuran Festival IMMERSIO dengan kerjasama Filamen di Muzium Telekom di sini, bermula dari 5 hingga 27 November 2022.
KUALA LUMPUR 8 Nov - Minyak sawit mentah (MSM) mencecah paras tertinggi dalam tempoh empat bulan pada Isnin dan menjejaki kenaikan minyak soya selain jangkaan penghantaran kukuh daripada peladang kedua terbesar Malaysia, kata CGS-CIMB Futures Sdn Bhd.
SEPANG 8 Nov - Usahawan kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, terhadap satu pertuduhan memuat naik komunikasi bersifat sumbang pada Mei 2022 membabitkan video muzik 'Muah Muah Raya'.