Apakah halal melabur dalam mata wang Kripto? | DagangNews Skip to main content
DagangNews.com
Volatiliti - 14 April 2021

APAKAH HALAL MELABUR DALAM MATA WANG KRIPTO?

 

KINI terdapat pelbagai jenis pelaburan yang wujud dalam pasaran. Perkembangan teknologi membawa pelaburan-pelaburan baharu ke satu dimensi yang berbeza. Pastinya semua pernah mendengar pelaburan mata wang kripto. Apa sebenarnya pelaburan mata wang kripto ini?

 

Pelaburan mata wang kripto (atau kriptowang) ialah aset digital yang direka untuk berfungsi sebagai medium pertukaran menggunakan kriptografi untuk menjamin transaksi dan mengawal penciptaan unit tambahan mata wang.

 

Mata wang kripto ialah subset mata wang alternatif, atau khusus untuk mata wang digital. Bitcoin menjadi mata wang kripto ternyahpusat yang pertama pada tahun 2009. Sejak itu, banyak mata wang kripto telah diwujudkan. 

 

Ini kerap dikenali sebagai altcoins, sebagai gabungan alternatif Bitcoin. Bitcoin dan terbitannya menggunakan kawalan ternyahpusat] berbanding dengan wang elektronik/sistem perbankan berpusat. Kawalan ternyahpusat adalah berkaitan dengan penggunaan pangkalan data transaksi rantaian blok (blockchain).

 

 

Dr. Jan Lansky dari Fakulti Komputer dan Matematik, University Finance and Administration Republic Czech, menjelaskan sistem mata wang kripto dibentuk setelah memenuhi enam syarat utama iaitu :

 

  1. Ketiadaan pihak berpusat, pengagihan berdasarkan persetujuan kepada bentuk yang ingin diagihkan

  2. Unit serta pemilikan mata wang diperhatikan

  3. Sistem menetapkan sama ada unit mata wang baru dapat dihasilkan. Sekiranya demikian, sistem tersebut mentakrifkan keadaan asal-usulnya serta menentukan pemilikan unit ini.

  4. Pemilikan unit mata wang dapat dibuktikan secara khususnya melalui kriptografi.

  5. Sistem membenarkan transaksi dilakukan di mana pemilikan unit berkriptografi ditukar. Pernyataan transaksi hanya boleh dikeluarkan sesebuah entiti setelahpemilikan unit tersebut dapat dibuktikan.

  6. Seandainya dua arahan berbeza untuk penukarmilikan unit kriptogafik sama dimasukkan secara serentak, maka sistem akan bertindak ke atas salah satu darinya.

 

Walaupun pelabur sudah mengetahui jenis produk pelaburan ini namun terlalu banyak pertikaian mengenai pelaburan ini. Banyak pihak yang memperdebatkan isu halal dan haram  pelaburan mata wang kripto ini.

 

swift

 

Menurut Datuk Dr. Mohd Daud Bakar (Pengerusi Eksekutif Amanie Advisors) dan Pengerusi Lembaga Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia (BNM) dan Pengerusi Lembaga Penasihat Syariah SC), menyatakan Bitcoin adalah patuh syariah, namun depan mata wang kripto tersebut masih lagi tidak jelas.

 

Beliau berpandangan pelaburan dalam Bitcoin adalah harus, dan keuntungan yang diperoleh dikenakan zakat. Datuk Dr. Mohd Daud Bakar telah menolak hujah kalangan yang tidak bersetuju dengan Bitcoin bahawa ia mempunyai elemen gharar (ketidakpastian / ketidakjelasan) kerana nilai yang sangat tidak stabil dan kemungkinan sistem mata wang digital itu sendiri akan runtuh (collapse) pada bila-bila masa.

 

Beliau juga  berkata risiko (khatar), tidak mempunyai kesan ke atas hukum sesuatu perkara, dan ia harus dibezakan dengan gharar yang memberi kesan ke atas hukum. Risiko adalah perkara yang normal dalam setiap perkara sama ada pelaburan, perniagaan dan apa jua bidang.

 

Selain itu beliau juga menegaskan bahawa mata wang kripto adalah patuh syariah dan memenuhi semua syarat mata wang yang digariskan, serta menyatakan naik turunnya nilai mata wang adalah perkara biasa yang ditentukan oleh aspek pasaran dan kepercayaan pengguna.

 

Datuk Dr. Mohd Daud Bakar
Datuk Dr. Mohd Daud Bakar

 

Secara tuntasnya Datuk Dr. Mohd Daud Bakar telah banyak menjelaskan secara terbuka kepada masyarakat yang sering mempertikaikan isu halal dan haram mengenai pelaburan mata wang kripto ini.

 

Seorang lagi tokoh di Malaysia juga turut merungkai persoalan halal dan haram pelaburan matang wang kripto ini ialah Dr. Zaharuddin Abd Rahman (CEO Elzar Shariah Advisory Sdn Bhd).

 

Menurutnya, elemen gharar tidak ditemui pada peringkat penciptaan dan penghasilan bitcoin itu sendiri, tapi ditemui sewaktu peringkat transaksi di bursa di mana kita tidak boleh benar-benar memastikan transaksi itu benar-benar telah berlaku tanpa sebarang penipuan.

 

Setelah melakukan penelitian, beliau mengatakan bitcoin boleh digunakan dalam urusan jual beli kerana ia menepati ciri-ciri mata wang yang digariskan oleh Islam, namun ia bukanlah satu legal tender iaitu mata wang yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa negara.

 

Dr. Zaharuddin Abd Rahman
Dr. Zaharuddin Abd Rahman

 

Bagi mendapat gambaran yang sebenar mengenai pelaburan mata wang ini, beliau senditi telah mencuba pelaburan mata wang ini. Dengan penjelasan  daripada kedua-dua orang tokoh ini,  diharapkan pelabur yang was-was ingin menceburi pelaburan ini akan yakin untuk terlibat dalam pelaburan mata wang kripto ini.

 

Di Malaysia terdapat tiga (3) kripto exchange yang disahkan oleh Suruhanjaya Sekuriti  (SC) Malaysia.

 

Luno Malaysia

Pada 25 November 2019, Luno melancarkan semula platform perkhidmatan tukaran mata wang kriptonya selepas menjadi penyedia perkhidmatan kripto pertama di Malaysia yang telah memperoleh kelulusan penuh Suruhanjaya Sekuriti (SC).

 

Platform Luno beroperasi secara rasmi bagi menawarkan akses kepada pengguna di Malaysia melakukan tukaran ringgit kepada mata wang digital iaitu Bitcoin atau Ethereum; dan menguruskan dagangan aset mata wang kripto itu menerusi platformnya.

 

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Luno, Marcus Swanepoel, berkata kelulusan daripada badan pengawal seliaan seperti SC itu menunjukkan sektor kewangan yang kini mula mengadaptasikan aset digital baharu dan teknologi blockchain.

 

Kelebihan Luno ialah platform tukaran mata wang yang dikawal selia yang memberikan ketelusan dalam perniagaan dan perlindungan pengguna selain menyediakan pelan tindakan menggalakkan kerjasama agensi bagi menjalankan kajian kes perintis.

 

Selepas menubuhkan operasinya di Malaysia sejak 2015, Luno mula mendapat sambutan tinggi sehingga meletakkannya sebagai platform tukaran aset digital terbesar negara pada 2017, sebelum terbabit dalam membantu pengawal selia membentuk rang undang-undang peraturan kripto di Malaysia. Pada 10 hari pertama membuka aktiviti dagangan aset digital ini, lebih RM2.5 juta dagangan direkodkan.

 

swift

 

Tokenize Technology (M) Sdb. Bhd

Tokenize sebuah syarikat yang diasaskan di Singapura mula diprerkenalkan pada tahun 2018 dan kini merupakan platyform pertukaran dan perdagangan mata wang kripto yang terkenal di Asia.

 

Syarikat Tokenize Technology (M) Sdn. Bhd diselia oleh Bank Negara Malaysia dan Singapura mempunyai beberapa ciri utama iaitu perdagangan optimum, transaksi pantas, perdagangan P2P, buku pesanan dan pasaran yang meluas.

 

Tokenize mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan oleh badan kewangan tersebut AMLA/ CFT. Tokenize exchange menggunakan penyedia dompet atas talian Bitgo yang mempunyai ciri-ciri mutli-signature (P2SH Multisig), BIP32 HD bagi menjamin privasi semasa transaksi di jalankan.

 

Selain itu, Tokenize mengenakan sekatan ID kepada alamat luar yang tidak diberikan kebenaran untuk menerima mata wang kripto. Tokenize juga mengawal ciri keselamatan dengan mengehadkan penggunaan alamat IP bagi langkah mencegah kecurian.

 

Tokenize memperdagangkan matawang kripto jenis BTC, LTC, ETH, BCH, OMG,ZIL, GNT dan BAT. Tokenize menawarkan tiga jenis akaun iaitu Normal, Premium dan Platinum yang mana setiap akaun mempunyai had deposit dan pengeluaran yang berbeza.

 

Triton2020

 

SINEGY Technologies (M) Sdn Bhd

SINERGY Technologies (M) Sdn. Bhd ditubuhkan pada 2017 sebagai sebuah syarikat pertukaran aset digital. Objektif utamanya adalah untuk membawa rakyat Malaysia menceburi pelaburan aset digital ini.

 

Sejak ditubuhkan, ribuan pelabur di Malaysia yang telah membuat pelaburan mata wang kripto melalui syarikat ini.  SINERGY Technologies (M) Sdn. Bhd telah mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Sekuriti (SC) pada April 2020 sebagai antara pengendali pertukaran aset digital berlesen di Malaysia. Syarikat itu mengendalikan pertukaran aset digital melalui Marketplace yang berperanan sebagai pintu masuk bagi fiat untuk Ringgit Malaysia.

 

Triton2020

 

Menurut, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Surina Shukri, langkah Malaysia membenarkan penyedia perkhidmatan mata wang digital beroperasi menerusi kawal selia undang-undang itu menunjukkan keterbukaan negara kepada inovasi kewangan generasi masa depan. MDEC akan  menyokong syarikat-syarikat yang menyediakan produk dan perkhidmatan berkaitan krypto bagi memacu inovasi perkhidmatan kewangan di Malaysia. - DagangNews.com

 

 

SYAMSYUL SAMSUDIN adalah pensyarah kanan dan pelabur tegar di Bursa Malaysia yang mempunyai kepakaran dalam menganalisis kewangan syarikat dan juga banyak menulis di akhbar-akhbar utama di Malaysia berkaitan pelaburan, kewangan dan ekonomi. Kini merupakan kolumnis DagangNews.com menerusi ruangan VOLATILITI setiap Rabu.

 

KOLEKSI VOLATILITI

Pelaburan hartanah semasa pandemik COVID-19, ada untungkah?

BETULKAH PRIVATE MANDATE PELABURAN ‘HIGH CLASS’?

Perniagaan Perlu Manfaatkan Platform e-Dagang Hadapi Cabaran Pasca Pandemik

Kesan NPL ke atas Sistem Kewangan Malaysia

EMAS: PELABURAN, PERHIASAN ATAU PELINDUNG NILAI?

Landskap Industri Minyak & Gas, Petronas dan Masa Depan

Menafsir vaksin, perjanjian bilateral Malaysia-China, KDNK di bursa saham

Boss Top Glove dapat dividen RM490 juta

Pelaburan Derivatif Juga Satu Pilihan

Masih Ada Saham Yang Menguntungkan Dalam Ketidakstabilan Ekonomi

Kestabilan Monetari Bagi mengukuhkan Ringgit

PERMAI: suntikan fiskal bantu rakyat, rancakkan ekonomi

5 Strategi utama pulihkan negara pada 2021

Masihkah relevan January Effect ke atas pasaran saham

Menyusun semula ekuiti bumiputera dalam pelaburan institusi

Selamat tinggal kemeruapan dan ketidakpastian pasaran saham 2020

 

 

 

 

 

 

 

Portfolio Tags