Perkembangan harga minyak dan status PN17 Capital A positif, Maybank IB naikkan unjuran pendapatan FY23-25 | DagangNews Skip to main content

Perkembangan harga minyak dan status PN17 Capital A positif, Maybank IB naikkan unjuran pendapatan FY23-25

Oleh DIYANA ISAMUDIN

KUALA LUMPUR 10 April - Harga bahan api jet yang tinggi pada tahun kewangan 2022 (FY22) telah mereda dengan ketara adalah sangat positif untuk Capital A Berhad, kata Maybank Investment Bank (Maybank IB).

 

Walaupun kejatuhan harga bahan api jet mungkin menjadi petanda kemelesetan yang memerlukan Capital A menurunkan tambang, firma itu berkata, sejarah mendedahkan bahawa tambang akan jatuh lebih perlahan daripada harga bahan api jet dan membawa kepada pengembangan margin yang besar.

 

Firma itu berkata, 10 bulan selepas lonjakkan harga kepada AS$166 setiap tong minyak mentah (bbl), harga tersebut jautuh kepada AS$100/bbl walaupun baru-baru ini OPEC+ mengurangkan pengeluaran disebabkan harga minyak mentah brent lebih rendah dan menormalkan penyebaran retakan bahan api jet minyak mentah brent.

 

“Pada masa ini kami mengandaikan purata harga bahan api jet sebanyak AS$110/bbl. Kami menaikkan pendapatan tahun kewangan 2023, 2024 dan 2025 (FY23-25) masing-masing sebanyak RM380 juta, RM494 juta dan RM 494 juta jika kami memasukkan harga bahan api jet semasa sebanyak AS$100/bbl ke dalam model kami,” jelasnya dalam nota semalam.

 

Menurut firma tersebut, kemelesetan mungkin sebenarnya positif untuk kumpulan tersebut.

 

Jelasnya, semasa krisis kewangan global, AirAsia Malaysia yang menyumbang kira-kira 80% pendapatan kumpulan mengatasi harga bahan api jet yang lebih rendah dengan menurunkan tambang justeru meningkatkan bilangan penumpang sebanyak 21% pada tahun kewangan 2009 (FY09), tambang menyusut lebih perlahan dariapda harga bahan api.

 

“Kami tahu ini kerana ia adalah pendapatan/tempat duduk tersedia kilometer tolak  hamparan kos/tempat duduk tersedia kilometer spread, yang pada asasnya merupakan pengukur keuntungan operasi, meningkat kepada 4.1sen pada FY09 daripada -1.8sen pada FYK08.

 

Di samping itu, firma itu berkata kumpulan tersebut akan menyerahkan pelan penyusunan PN17 tidak lama lagi.

 

Firma itu berkata rancangan untuk melupuskan syarikat penerbangannya kepada AirAsia X (AAX) sebagai pertukaran untuk saham AAX bagi menaikkan kedua-dua status PN17 mereka.

 

Walaupun tarikh akhir Capital A menyerahkan pelan penyusunan semula adalah 7 Julai 2023, ia lebih hampir kepada 28 April 2023 untuk AAX dan dengan kurang daripada tiga minggu lagi, AAX tidak meminta lanjutan masa.

 

“Ini memberi petunjuk kepada kami bahawa kedua-dua Capital A dan AAX akan menyerahkan pelan penyusunan PN17 mereka kepada Bursa Malaysia tidak lama lagi,” jelasnya.

 

Firma itu mengekalkan saranan ‘beli’ dengan harga sasaran (TP) 90sen sesaham. -DagangNews.com