PUNCA-PUNCA KURANG KEYAKINAN DIRI DALAM PASARAN SAHAM
RAMAI pelabur dan pedagang saham baharu mempunyai perasaan was-was atau kurang keyakinan apabila mereka mula melibatkan diri dalam beli dan jual saham di pasaran saham Bursa Malaysia.
Terdapat juga yang telah menghabiskan sejumlah wang yang banyak menghadiri pelbagai kelas pendidikan tentang pelaburan dan perdagangan saham namum mereka masih tidak berani memasuki membeli saham.
Membeli saham-saham syarikat tersenarai di pasaran terbuka sahaja serta melalui permohonan saham terbitan permulaan (IPO), tawaran persendirian, permohonan melalui book building dan permohonan saham melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) merupakan pelbagai kaedah menjana pendapatan di pasaran saham.
Namun, mengapa masih ramai orang yang masih takut atau kurang yakin untuk memasuki pasaran walaupun mereka telah mempunyai akaun CDS dan telah mendapatkan pelbagai ilmu tentang pendidikan saham?
Tidak dinafikan sebilangan orang yang mempunyai pengetahuan tentang pelaburan saham merupakan orang-orang yang telah mengalami kerugian dari skim-skim ponzi. Contohnya skim cepat kaya atau skim emas sontot termasuk juga yang telah mengalami kerugian di dalam perdagangan seperti Forex.
Justeru, mereka mencari alternatif lain kononnya untuk menutup kerugian lampau dan juga ingin menjadikan pelaburan saham ini sebagai satu kaedah untuk menggantikan aktiviti yang telah mengakibatkan kerugian lampau.
Maka, apabila kelas dan seminar saham muncul dengan banyak, maka orang-orang ini akan pergi menghadiri kelas-kelas dan seminar tersebut. Terdapat juga sebilangan yang pergi hampir kesemua kelas dan seminar yang sedia ada walaupun terpaksa membayar sejumlah wang yang bukan sedikit.
Dalam satu perbualan di antara Cikgu Saham dengan beberapa pengikut di media sosial Facebook, mereka menyatakan bahawa mereka beralih ke pelaburan saham setelah mengalami kerugian berjumlah ribuan ringgit kerana menyertai skim pelaburan yang tidak sah atau skim cepat kaya.
Kebanyakan orang yang mempunyai sejarah kerugian dengan skim-skim cepat kaya ini mengharapkan pulangan tetap setiap bulan. Walhal mereka tidak tahu bahawa pelaburan saham juga mampu memberi pulangan yang memuaskan jika melabur atau berdagang secara bijak dan berhemah.
Maka, tepatlah tindakan mereka itu menceburkan diri di dalam pelaburan saham di Bursa Malaysia sebagai salah satu alternatif untuk mengembangkan wang sedi ada. Dengan langkah bermula dengan modal yang kecil dahulu boleh dilakukan untuk memberi keyakinan untuk menambah modal di kemudian hari.
Apabila seseorang pelabur atau pedagang saham telah berjaya memperoleh pulangan ke atas pelaburan dengan konsisten, maka keuntungan tersebut bolehlah diketepikan atau dikeluarkan dari modal sedi ada agar pelabur atau pedagang saham dapat mengawal emosi seterusnya menjadikan diri lebih berdisiplin.
Ini adalah untuk mengelakkan seseorang itu melabur atau membeli saham dengan jumlah yang semakin besar kerana sekiranya pelaburan semakin besar, risiko yang bakal dihadapi juga semakin tinggi.
Banyak sudah kisah-kisah tentang pelabur dan pedagang saham yang memasukkan wang keuntungan tersebut ke dalam modal pelaburan asal tanpa mengeluarkannya.
Dan di akhir cerita, mereka langsung tidak dapat menikmati keuntungan dahulu kerana terperangkap membeli saham pada harga puncak tatkala pasaran saham mengalami penurunan atau pembetulan harga.
Akhirnya apabila emosi menguasai akal fikiran, maka ramai yang kerugian lebih-lebih lagi apabila pasaran jatuh tanpa diduga. Terdapat juga yang tidak sempat merasai hasil pelaburan yang dibuat kerana apabila pasaran jatuh, ada yang mengambil tindakan untuk jual dahulu atau cut loss.
Tindakan ini selalu merugikan pelabur dan juga ada yang cut loss untuk mengurangkan kerugian disebabkan harga saham terus menerus merosot. Mereka merasa takut jika harga saham jatuh lagi yang menyebakan tindakan untuk menjual pegangan saham tersebut.
Sebagai rumusan, kurang keyakinan diri pelabur dan pedagang saham boleh disebabkan oleh perkara-perkara berikut:
Tidak mempunyai ilmu yang betul
Ilmu pengetahuan tentang pasaran saham tidak mendalam
Tidak berani atau takut untuk masuk pasaran
Tidak mempunyai penasihat bertauliah atau agen yang bagus
Tidak yakin atau was-was dengan apa yang dipelajari
Mempunyai modal yang terlalu kecil
Tidak mempunyai simpanan atau tabungan yang mencukupi
Terlalu banyak berfikir untuk membuat keputusan
Menggunakan modal pelaburan dari wang yang bukan lebihan
Cikgu Saham Zuraida Zakaria merupakan penulis buku "Dunia Saham Dari Perspektif Cikgu Saham'. Anda yang berminat boleh mendapatkan buku ini dengan menghubungi talian 017-3084787. - DagangNews.com
KOLEKSI CIKGU SAHAM:
- BAGAIMANA MEMILIH KELAS-KELAS SAHAM YANG TERLALU BANYAK DI PASARAN?
- BELAJAR MENJANA KEUNTUNGAN DI BURSA SAHAM WALAUPUN SEDIKIT
- TEKNOLOGI MEMUDAHKAN TRANSAKSI JUAL BELI SAHAM
- STRATEGI DAGANGAN SAHAM JANGKA SINGKAT
- KAWAL EMOSI SEMASA MELIHAT PORTFOLIO SAHAM MEROSOT
- MELABUR SECARA SISTEMATIK, BERMAKLUMAT DAN TENANG
- NEWBIE SAHAM LEBIH GEMAR BELI SAHAM IKUT BUY CALL
Belajar ilmu berjual beli saham dengan individu bertauliah
- 2 TAHUN BELAJAR SAHAM DENGAN GURU YANG SAMA
- Tidak susah hendak memahami kaedah dagangan kontra saham
- Waspada jangan gelojoh - peringatan kepada newbie saham
- Panduan untuk kawal emosi semasa berurus niaga saham
- SERBA TAK KENA BILA BERJUAL BELI SAHAM
- Jangan panik semasa bursa tidak menentu
Dagangan tinggi tidak semestinya bermakna saham akan naik juga
- Apakah kesan ke atas Bursa Malaysia bila tercetus kerajaan mahu perketat semula PKP?