Strategi dagangan saham jangka singkat | DagangNews Skip to main content
DagangNews.com
CIKGU SAHAM - 27 April 2021

STRATEGI DAGANGAN SAHAM JANGKA SINGKAT

 

 

DALAM pasaran saham, anda boleh membuat urus niaga saham untuk jangka masa singkat, sederhana mahupun panjang. Dengan kata mudah, anda boleh menjual pegangan saham pada bila-bila masa yang dikehendaki. 

 

Buat masa ini, urus niaga secara kontra ialah ialah T+ 2 berbanding pada zaman 90an dahulu iaitu T+7. Sekiranya seorang pedagang saham membeli saham pada hari Isnin, maka dia perlu membayar keseluruhan pembelian pada hari Rabu. Jika tidak, pembelian saham yang tidak dibayar akan dikenakan jualan paksa pada hari Khamis.

 

cikgusaham

 

 

Justeru, di ruangan kali ini, Cikgu Saham memberi garis panduan bagaimana pedagang saham jangka masa singkat dapat menghindarkan diri dari mengalami kerugian saham bagi pedagang yang ingin melakukan urus niaga singkat. 

 

  • Tindakan yang pantas

Pedagang saham yang melakukan urus niaga saham ini sememangnya mempunyai masa yang singkat untuk memegang saham yang dibeli. Maka, pedagang saham perlu membuat tindakan menjual yang pantas. Tindakan pantas ini ialah pedagang saham perlu tahu pada harga apa saham tersebut harus dijual sekiranya saham yang dibeli itu naik.

 

  • Mempunyai Ilmu analisis teknikal yang jitu

Pedagang saham yang ingin melakukan urus niaga saham secara kontra perlu mempunyai ilmu analisis yang jitu dan dapat membaca pergerakan saham dengan baik melalui pembacaan carta-carta saham. Ini berbeza dengan pelabur saham yang banyak bersandar pada analisis fundamental sesebuah syarikat tersenarai dalam membuat keputusan beli dan jual saham.

 

  • Selalu memerhatikan turun naik pasaran

Pedagang saham yang aktif juga harus mempunyai banyak masa untuk memerhatikan turun naik pasaran. Sekiranya seseorang pedagang saham tidak mempunyai masa atau tidak peka dengan turun naik harga saham, dikhuatiri mereka terlepas dari menjual saham yang dibeli semasa harga sedang meningkat naik.

 

  • Tidak boleh mengambil masa yang banyak untuk buat keputusan

Pedagang saham jangka singkat ini juga tidak boleh mengambil masa yang lama untuk berfikir semasa ingin membeli mahupun menjual saham. Ini ialah kerana, kadang-kala harga saham bergerak agak cepat. Ramai pedagang saham mengalami kerugian saham kerana lambat membuat keputusan menjual dan juga ramai yang terlepas peluang membeli saham yang sedang naik kerana alasan ini.

 

 

cikgusaham

 

 

  • Telah ada di dalam minda saham apa yang ingin dibeli

Pedagang saham yang berdisiplin dan bijak biasanya akan membuat persediaan awal. Persediaan awal ini bermaksud mereka telah membuat kerja rumah atau membuat kajian saham terlebih dahulu sebelum membuat keputusan saham apakah yang patut dibeli. Dari kajian tersebut, mereka juga mengetahui pada harga berapakah harus dijual nanti. Dalam erti kata lain, selepas mereka membeli sesuatu saham syarikat tersenarai, mereka akan terus memasukkan harga jualan yang diingini dengan segera.

 

  • Menghafal rentak dan trend pasaran

Oleh kerana pedagang saham memperuntukkan banyak masa atau kerap melihat pergerakan turun naik pasaran, maka lama-kelamaan mereka akan dapat menghafal rentak dan trend pergerakan pasaran. Ini memudahkan mereka untuk membuat tindakan yang cepat.

 

  • Mengikuti perkembangan atau berita semasa

Pedagang saham yang agresif juga selalu mengambil tahu perkembangan dan berita semasa pasaran atau berita-berita yang dikeluarkan oleh syarikat tersenarai. Ini juga dapat membantu mereka membuat keputusan yang pantas. Berita-berita tersebut boleh jadi positif mahupun negatif. Tidak dinafikan berita-berita negatif seperti pengumuman tentang penyata kewangan sesebuah syarikat tersenarai yang negatif akan memberi kesan ke atas harga saham syarikat tersebut.

 

  • Mempunyai modal yang mencukupi dan melunaskan kerugian kontra dengan cepat

Pedagang saham kontra juga perlu mempunyai modal saham yang mencukupi kerana mereka ini jarang membayar harga keseluruhan pembelian. Mereka membayar jumlah kerugian kontra sahaja. Sekiranya kerugian kontra ini tidak dilunaskan pada masa yang ditetapkan, pedagang saham akan disekat dari membeli saham atau akaun urus niaga saham akan digantung (suspend). Jika akaun urus niaga saham disekat dari pembelian, pedagang saham tidak dapat membeli lagi dan jika pasaran bagus, mereka akan terlepas peluang untuk membeli dan meraih keuntungan.

 

  • Membuat perancangan lebih awal

Sebagai pedagang saham kontra perlu membuat perancangan awal. Sebagai contoh, pedagang saham ini boleh membuat kajian atau menyenaraikan saham-saham yang bakal dibeli pada hari hujung minggu atau sejurus selepas pasaran ditutup sekiranya ingin membuat pembelian keesokkan harinya.

 

Diharapkan dengan garis panduan ini, pedagang saham dapat mengelakkan dari mengalami kerugian kontra atau sekarang-kurangnya kerugian tersebut merupakan kerugian yang minimum. - DagangNews.com

 

Cikgu Saham Zuraida juga merupakan penulis buku saham "Dunia Saham Dari Perspektif Cikgu Saham'. Kepada yang berminat boleh mendapatkan buku ini dengan menghubungi talian 017-3084787

 

 

KOLEKSI CIKGU SAHAM:

KAWAL EMOSI SEMASA MELIHAT PORTFOLIO SAHAM MEROSOT

MELABUR SECARA SISTEMATIK, BERMAKLUMAT DAN TENANG

NEWBIE SAHAM LEBIH GEMAR BELI SAHAM IKUT BUY CALL

Belajar ilmu berjual beli saham dengan individu bertauliah

2 TAHUN BELAJAR SAHAM DENGAN GURU YANG SAMA

Tidak susah hendak memahami kaedah dagangan kontra saham 

Waspada jangan gelojoh - peringatan kepada newbie saham

Panduan untuk kawal emosi semasa berurus niaga saham

SERBA TAK KENA BILA BERJUAL BELI SAHAM

Jangan panik semasa bursa tidak menentu

Dagangan tinggi tidak semestinya bermakna saham akan naik juga

Apakah kesan ke atas Bursa Malaysia bila tercetus kerajaan mahu perketat semula PKP?

 

 

 

 

Portfolio Tags