Agong muncul antara pemegang saham terbesar Microlink Solutions
KUALA LUMPUR 23 Dis - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah muncul sebagai pemegang saham besar Microlink Solutions Bhd dengan kepentingan ekuiti tidak langsung 10.76%, menurut Microlink dalam makluman kepada Bursa Malaysia.