KUALA LUMPUR 18 Okt - Kerajaan memperuntukkan RM2.6 bilion untuk Felda, Felcra dan Risda bagi 2025, meningkat daripada RM2.4 bilion yang diperuntukkan untuk 2024.
CYBERJAYA 18 Okt - Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah, meletak jawatan sebagai Pengarah Bestinet Sdn Bhd, selepas 16 bulan dilantik pada Jun 2023.
KUALA LUMPUR 18 Okt - Kerajaan akan meningkatkan peruntukan bantuan tunai melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR) daripada RM10 billion kepada RM13 billion bermula tahun hadapan yang akan memberi manfaat kepada 9 juta penerima atau 60% penduduk dewasa negara ini.
KUALA LUMPUR 18 Okt - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga merangkap sebagai Menteri Kewangan berkata, kerajaan akan menaikkan kadar gaji minimum daripada RM1,500 sebulan kepada RM1,700 sebulan mulai 1 Februari 2025.
KUALA LUMPUR 18 Okt - Penyedia perkhidmatan pembuatan makanan dan minuman diperkaya serta suplemen diet, OB Holdings Berhad (OB Holdings), menerima minat pelabur yang positif untuk penawaran awam permulaannya (IPO), yang telah dilanggan melebihi 109.47 kali menjelang penyenaraian
KUALA LUMPUR 18 Okt - Kerajaan hari ini menegaskan kelompok pendapatan 15% teratas terbabit dengan pengurangan subsidi pendidikan yang akan dilaksanakan secara berperingkat melalui Belanjawan 2025.
KUALA LUMPUR 18 Okt - Kerajaan membuat keputusan untuk melaksanakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) secara lebih progresif tetapi memberi jaminan pelaksanaannya tidak akan membebankan rakyat bermula 1 Mei 2025.
KUALA LUMPUR 18 Okt - Belanjawan 2025 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memperuntukkan sejumlah RM421 bilion, nilai tertinggi berbanding belanjawan-belanjawan yang dinyatakan sebelum ini.