Terkini | DagangNews Skip to main content

Hannah Yeoh bersama lebih 1,000 peserta meriahkan Datasonic H2O Run 2024 di Padang Merbok

KUALA LUMPUR 27 Jan - Seramai lebih 1,000 peserta telah menghadiri program mega tanggungjawab sosial korporat (CSR) Datasonic H2O Run 2024, sebuah acara istimewa yang mencerminkan semangat komuniti, tanggungjawab sosial, dan kelestarian alam. 

 

Nova MSC raih kontrak bernilai RM35.4 juta daripada Sys-Mac bagi projek berkaitan automasi di Singapura

KUALA LUMPUR 26 Jan - Nova MSC Berhad menerusi novaCITYNETS Pte. Ltd. menerima kontrak bernilai RM35.4 juta daripada Sys-Mac Automation Engineering Pte. Ltd. bagi projek berkaitan automasi di Singapura.

 

Tatakelola baik penting bagi kerajaan jayakan pelaksanaan dasar - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR 26 Jan - Tatakelola yang baik adalah penting bagi Kerajaan Perpaduan untuk menjayakan pelaksanaan pelbagai dasar termasuk Ekonomi MADANI, Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).

 

Tropicana jual hotel Courtyard by Marriott Penang bernilai RM165 juta

KUALA LUMPUR 26 Jan - Tropicana Corporation Bhd menerusi anak syarikatnya, Tropicana Macalister Avenue (Penang) Sdn Bhd menjual Courtyard by Marriott Penang jumlah pertimbangan tunai sebanyak RM165 juta.

 

Kerajaan tumpu penstrukturan ekonomi, tingkatkan kualiti hidup rakyat mulai tahun ini - Menteri Kewangan II

KUALA LUMPUR 26 Jan - Kerajaan akan memberi tumpuan kepada pelaksanaan Ekonomi MADANI berteraskan dua tunjang  penting iaitu penstrukturan semula ekonomi dan meningkatkan kualiti hidup rakyat mulai 2024, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

 

Malaysia-Perancis adakan mesyuarat jawatankuasa kecil strategik pertahanan dan ketenteraan di Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR 26 Jan - Susulan lawatan Menteri bagi Angkatan Tentera Perancis, Sebastien Lecornu pada 8 Disember 2024, Perancis dan Malaysia memutuskan untuk menyambung semula mesyuarat Jawatankuasa Strategik Bersama Pertahanan Malaysia-Perancis (DJHSC) pada tahun ini.

PDRM: 5,389 kes penipuan pelaburan direkodkan pada 2023, mangsa warga emas meningkat 213%

KUALA LUMPUR 26 Jan - Sebanyak 5,389 kes penipuan pelaburan dicatatkan sepanjang tahun 2023 melibatkan nilai kerugian mencecah RM472 juta. 

 

KLCCP cadang ambil alih 40% kepentingan ekuiti Suria KLCC berharga RM1.95 bilion

KUALA LUMPUR 26 Jan - KLCC Property Holdings Berhad (KLCCP) memeterai perjanjian pembelian saham (SPA) bersama pemegang saham sedia ada Suria KLCC Berhad iaitu Ocmador (Malaysia) City Retail Centre Sdn Bhd, Port Moresby Investments Limited dan Bold Peak Sdn. Bhd.

Johor Plantations, Fuji Oil jalin usaha sama bangunkan kilang penapis minyak sawit

KUALA LUMPUR 26 Jan - Johor Plantations Group Berhad (JPG) mengumumkan usaha sama dengan Fuji Oil Asia Pte Ltd (Fuji Oil) membangunkan sebuah kilang penapisan minyak dan lemak khusus yang beroperasi menggunakan tenaga boleh diperbaharui. 

 

IPO penyedia perkhidmatan logistik domestik AGX Group terlebih langgan 15.43 kali

KUALA LUMPUR 26 Jan - Tawaran awam permulaan (IPO) penyedia perkhidmatan logistik domestik AGX Group Berhad, yang dijadualkan disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 7 Februari 2024, telah terlebih langgan sebanyak 15.43 kali oleh orang awam Malaysia.

Subscribe to Terkini