Terkini | DagangNews Skip to main content

Carimin dapat lanjutan kontrak MCM Petronas Carigali

KUALA LUMPUR 3 Nov - Carimin Petroleum Bhd menerusi subsidirinya, mendapat lanjutan kontrak daripada Petronas Carigali Sdn Bhd untuk penyediaan perkhidmatan penyelenggaraan, pembinaan dan pengubahsuaian luar pesisir (MCM).

 

MBSB buka perkhidmatan hujung minggu mulai bulan ini

KUALA LUMPUR 3 Nov - MBSB Bank Bhd memulakan perkhidmatan perbankan hujung minggu di mana ia akan mengendalikan tiga cawangannya pada dua Sabtu bulan ini.

 

AirAsia jual baki saham dalam AirAsia India, kini tumpukan pasaran ASEAN

SEPANG 3 Nov- AirAsia Aviation Group Limited, syarikat induk kumpulan penerbangan Capital A memeterai perjanjian pembelian saham untuk menjual baki saham ekuiti yang dipegang dalam AirAsia (India) Private Limited (AAI) kepada Air India Limited, sekutu Tata Sons Private Limited.

Sambutan Bulan Integriti Nasional 5 November ini, bertema `Integriti Teras Keluarga Malaysia'

KUALA LUMPUR 1 Nov - "lntegriti Teras Keluarga Malaysia" merupakan tema sambutan Bulan Integriti Nasional 2022 yang disambut pada 5 November setiap tahun, sejak 2005.

 

PM umum pembinaan PPR Kepala Batas, dijual serendah RM45,000 seunit

KEPALA BATAS 2 Nov - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan pembinaan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kepala Batas bagi memenuhi keperluan tempat kediaman untuk golongan berpendapatan rendah yang berkelayakan dan belum memiliki rumah.

 

Kelington raih kontrak baharu bernilai RM262 juta di Pelabuhan Klang dan Beijing

KUALA LUMPUR 2 Nov - Kelington Group Berhad mengumumkan dua anak syarikatnya, Kelington Technologies Sdn. Bhd. dan Kelington Engineering (Shanghai) Co., Ltd. berjaya meraih kontrak baharu bernilai RM262 juta.

 

Taco Bell sasar buka 22 cawangan di Malaysia pada 2023

GEORGE TOWN 2 Nov - Rangkaian makanan segera popular Amerika Syarikat, Taco Bell menyasarkan pembukaan 20 cawangan restoran di Malaysia menjelang akhir tahun ini dan 22 lagi restoran pada 2023 untuk memenuhi permintaan tinggi daripada pasaran.

 

Pelabur perlu ambil kira risiko cabaran global yang berterusan - Principal Asset

KUALA LUMPUR 2 Nov - Principal Asset Management mengingatkan pelabur untuk mengambil kira isu seperti cabaran global yang menjejaskan pasaran modal berterusan termasuk berkemungkinan besar menular kepada situasi lain.

 

Shopee anjur platform secara maya bincang mengenai komuniti pempengaruh dalam talian

KUALA LUMPUR 2 Nov - Shopee Malaysia hari ini menganjurkan forum maya, 'Masa Depan E-Dagang' dengan influencers (influencers) di Malaysia bagi membincangkan berkaitan komuniti tersebut dalam talian. 

 

Permohonan pinjaman menurun kesan daripada kenaikan OPR berturut-turut

KUALA LUMPUR 2 Nov - Kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kali ketiga berturut-turut sebanyak 25 mata asas yang diumumkan Bank Negara Malaysia (BNM) pada 8 September 2022 membuatkan permohonan pinjaman menurun pada bulan berkenaan.

 

Subscribe to Terkini