Terkini | DagangNews Skip to main content

HLIB unjur VCM Bursa Malaysia percepat usaha Malaysia jadi negara neutral karbon menjelang 2050

KUALA LUMPUR 16 Ogos - Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research mengunjurkan pelancaran Pasaran Karbon Sukarela (VCM) Bursa Malaysia Berhad adalah langkah tepat dalam membantu perjalanan Malaysia menjadi negara neutral karbon menjelang 2050.

 

Fuller Academy sasar tingkatkan kemahiran mampan 30,000 bakat ASEAN

KUALA LUMPUR 16 Ogos - Fuller Academy menyasarkan 30,000 pelajar di seluruh ASEAN menyertai 12 kursus jangka pendek kemampanannya, direka dan dipilih industri untuk meningkatkan pengetahuan serta kemahiran bakat dalam kemampanan.

 

Fasal Rang Undang-Undang Tembakau berisiko mengulangi perang berbahaya terhadap dadah - Galen

KUALA LUMPUR 16 Ogos – Pusat Kesihatan dan Dasar Sosial Galen menggesa kerajaan mengelak daripada mengklasifikasikan perokok dan viper daripada generasi akan datang sebagai penjenayah dalam rang undang-undang kawalan tembakau.

 

Isu kapal perang LCS: Bekas Panglima TLDM didakwa tiga tuduhan pecah amanah lebih RM21 juta

KUALA LUMPUR 16 Ogos - Bekas Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini atas tiga pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT) berkaitan dana syarikat pembuat kapal, Boustead Naval Shipyard (BNS) Sdn Bhd.

CGS-CIMB : Risiko dasar, pilihan raya umum antara kebimbangan dibangkitkan pelabur 

KUALA LUMPUR 16 Ogos - CGS-CIMB Research menjangkakan pasaran ekuiti mungkin kekal lemah dengan risiko penurunan pada suku ketiga ini, memandangkan ia cuba mengatasi kebimbangan dasar monetari global yang lebih ketat.

 

Protasco diunjur terus memanfaatkan kedudukan sebagai pakar penyelenggaraan jalan

KUALA LUMPUR 16 Ogos - Malacca Securities menjangkakan Protasco Berhad akan memanfaatkan kedudukannya sebagai pakar penyelenggaraan jalan dengan kontrak masa depan ke arah pembinaan dan naik taraf jalan negeri dan persekutuan di seluruh Malaysia.

 

Penjawat awam wajar pertahankan kerajaan daripada dakwaan dan fitnah - PM

PUTRAJAYA 16 Ogos - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan pimpinannya adalah kerajaan bersama yang menekankan konsep Keluarga Malaysia dan penjawat awam wajar mempertahankan kerajaan daripada pelbagai dakwaan dan fitnah kononnya pentadbirannya gagal.

Graduan menganggur dipelawa sertai ILTIZAM PDP 2023 tingkatkan kebolehpasaran dunia pekerjaan

KUALA LUMPUR 16 Ogos - ILTIZAM, cabang tanggungjawab sosial korporat (CSR) Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas), mempelawa graduan Bumiputera yang tiada pekerjaan selama enam bulan atau lebih atau mereka mempunyai pekerjaan tidak setaraf dengan tahap pengajian, menyertai Program Pemb

Malacca Securities jangka harga resin terus catat penurunan

KUALA LUMPUR 16 Ogos - Malacca Securities menjangkakan trajektori menurun dalam harga resin akan berterusan, kecuali berlaku sebarang gangguan besar di luar jangka pada bekalan.

 

Pemulihan langganan, pengiklanan akan menentukan penilaian semula Astro - HLIB

KUALA LUMPUR 16 Ogos - Saham Astro Malaysia Holdings Bhd. masih dilihat sebagai pelaburan yang menarik di sebalik penurunan sokongan harga sahamnya baru-baru ini daripada hasil dividen dan prospek jangka panjang kumpulan yang bertambah baik.

 

Subscribe to Terkini