Terkini | DagangNews Skip to main content

AirAsia tawar tambang serendah RM59 sehala ke Pulau Pinang

KUALA LUMPUR 16 Ogos - AirAsia menawarkan tambang penerbangan ke Pulau Pinang daripada RM59 sehala termasuk semua bermula 15 Ogos hingga 21 Ogos 2022 untuk tempoh perjalanan antara 22 Ogos 2022 dan 18 April 2023.

 

Enra cadang pelbagaikan perniagaan MRO, perbaiki prestasi kewangan 

KUALA LUMPUR 16 Ogos - Enra Group Bhd. bercadang untuk mempelbagaikan perniagaan teras sedia ada dan anak syarikatnya dengan mengembangkan lagi perkhidmatan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO).

 

Affin Bank raih dua pengiktirafan berbeza dalam masa sehari

KUALA LUMPUR 16 Ogos - Affin Bank Berhad berjaya meraih dua pengiktirafan dalam masa sehari produk inklusif kewangan yang memberi fokus kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS), termasuk aplikasi mudah alih utamanya, SME Colony.

 

Malaysia aktif jalin kerjasama dengan 9 negara untuk pembangunan sektor halal global - MITI

KUALA LUMPUR 16 Ogos - Malaysia sedang aktif menjalinkan kerjasama dengan sembilan buah negara untuk pembangunan sektor halal di peringkat global setakat 30 Jun 2022, kata Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). 

 

Majuperak holdings lancarkan pembinaan Nexus Residences dengan GDV RM121.68 juta

SHAH ALAM 16 Ogos - Majuperak Holdings Bhd (MHB) mencatatkan kejayaan penting dengan projek pembangunan hartanah pertamanya di luar Perak, Nexus Residences, dengan jumlah nilai pembangunan kasar RM121.68 juta.

 

KLIA, Langkawi dipilih antara lapangan terbaik terbaik dunia pada suku kedua 2022

KUALA LUMPUR 16 Ogos - Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LGK) dinobatkan antara lapangan terbang terbaik dunia, menerusi tinjauan Kualiti Perkhidmatan Lapangan Terbang (ASQ) terkini untuk suku kedua tahun ini (S2 2022).<

Iris Corporation, Theta Edge wujudkan syarikat kerjasama bagi kepentingan bersama

KUALA LUMPUR 16 Ogos - Iris Corporation Berhad mengumumkan Kerjasama dan Perjanjian Pemegang Saham (JVSA) bersama Theta Edge Berhad pada 16 Ogos 2022 bagi mengawal selia hak kedua-dua syarikat selaku pemegang saham syarikat kerjasama itu.

 

DE-CIX, BasicBrix jalin usaha sama teknologi IT bantu perniagaan syarikat Malaysia dan PKS

KUALA LUMPUR 16 Ogos - DE-CIX, pengendali ibu sawat Internet terkemuka dunia telah memeterai perjanjian usaha sama dengan BasicBrix, sebuah pembekal teknologi IT terkemuka, yang menjadi rakan kongsi DirectCLOUD tempatan pertama DE-CIX dari rantau Asia Tenggara. 

 

KPJ Healthcare lantik Dr. Nik Fawaz sebagai Ketua Pegawai Komersial 

KUALA LUMPUR 16 Ogos – KPJ Healthcare Bhd. melantik Dr. Nik Fawaz Nik Abdul Aziz sebagai Ketua Pegawai Komersial berkuat kuasa 15 Ogos 2022, bagi menggantikan Nik Izhar Nik Mohammed, yang berundur daripada jawatan tersebut untuk meneroka peluang lain.

 

OKA Corp cadang beli tanah di Senai bernilai RM14.24 juta 

KUALA LUMPUR 16 Ogos - OKA Corp Bhd. menerusi anak syarikat milik penuhnya, OKA Concrete Industries Sdn. Bhd. (OCI) bercadang untuk membeli sebidang tanah di Senai, Johor bernilai RM14.24 juta bagi mengembangkan operasi kumpulan. 

 

Subscribe to Terkini