Terkini | DagangNews Skip to main content

Kerajaan tidak cadang kawal harga rumah - KPKT

KUALA LUMPUR 21 Nov - Kerajaan tidak berhasrat menyekat atau mengawal harga rumah, sebaliknya menggalakkan pembinaan rumah mampu milik yang mana harga yang ditawarkan di bawah RM300,000.

 

Petros Niaga jadi pengedar tunggal LPG di Sarawak mulai 1 Disember 2023

KUALA LUMPUR 21 Nov — Petros Niaga Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Petroleum Sarawak Berhad (Petros), akan menjadi pengedar tunggal gas petroleum cecair (LPG) di Sarawak mulai 1 Disember ini.

 

Co-opbank Pertama sedia dana RM10 juta menerusi skim pembiayaan CoStart

KUALA LUMPUR 21 Nov - Co-opbank Pertama (CBP) menyediakan dana RM10 juta menerusi skim pembiayaan CoStart kepada koperasi-koperasi kredit yang ditubuhkan kurang dari tiga tahun.

 

PUNB sasar RM275 juta pembiayaan perniagaan kepada PKS Bumiputera tahun hadapan

KUALA LUMPUR 21 Nov - Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) menyasarkan kelulusan pembiayaan perniagaan sebanyak RM275 juta kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Bumiputera bagi menyokong agenda Ekonomi Madani pada 2024. 

 

Sisma Auto buka Pusat 3S Volvo utama bernilai RM30 juta di Sungai Besi

KUALA LUMPUR 21 Nov - Kumpulan automotif premium pelbagai jenama, Sisma Auto melabur sejumlah RM30 juta bagi pembukaan pusat 3S Volvo utama yang baharu di Sungai Besi.

 

Bekas Panglima Angkatan Tentera, Affendi Buang dilantik sebagai Pengerusi baharu G Capital

KUALA LUMPUR 21 Nov - G Capital Bhd telah melantik bekas Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang sebagai pengerusi eksekutifnya berkuat kuasa serta-merta.

 

Inisiatif Ride Madani tarik pelaburan RM100 bilion dalam tempoh lima tahun di Malaysia - MCDC

KUALA LUMPUR 21 Nov - Syarikat dari negara Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan China akan melabur RM100 bilion dalam tempoh lima tahun akan datang di Malaysia untuk mempercepatkan transformasi digital dan ekonomi hijau negara melalui inisiatif Inovasi dan Ekosist

TA Research semak turun unjuran pendapatan CJ Century Logistics bagi FY23-FY25 antara 29.3% hingga 44.9%

KUALA LUMPUR 21 Nov - TA Research menyemak turun unjuran pendapatan CJ Century Logistics Holdings Berhad bagi FY23/24/25 antara 29.3%/43.6%/44.9% kesan daripada kadar tambang perkhidmatan logistik yang lebih rendah.

 

DC Healthcare ambil alih semua kepentingan dalam pengendali klinik estetik I Bella berharga RM70 juta

KUALA LUMPUR 21 Nov - DC Healthcare Holdings Bhd telah mencadangkan pengambilalihan semua kepentingan dalam syarikat pengendali klinik perubatan estetik I Bella Sdn Bhd, dengan pertimbangan pembelian RM70 juta.

 

Yayasan Z Zurich biaya projek tingkatkan daya tahan komuniti tangani risiko banjir, gelombang haba di Melaka

KUALA LUMPUR 21 Nov - Dua komuniti terpilih, Kampung Morten dan Pantai Peringgit di Melaka menerima pembiayaan daripada Yayasan Z Zurich bagi pelaksanaan projek yang mampu meningkatkan daya tahan komuniti bagi menangani risiko bencana banjir dan gelombang haba. 

 

Subscribe to Terkini