BAGAIMANA CARA WARIS TIDAK PERLU BAYAR FI KHIDMAT PENGURUSAN PUSAKA?
DALAM penulisan sebelum ini saya bercerita tentang fi perkhidmatan dan kos yang terpaksa ditanggung oleh waris-waris dalam menuntut harta pusaka simati. Rakyat Malaysia kena faham ada tiga komponen fi atau kos yang terlibat di dalam urusan harta pusaka.
Komponen pertama ialah fi perkhidmatan. Ia bermaksud fi perkhidmatan yang dikenakan oleh pihak profesional sekiranya waris mahukan pihak profesional ini yang menguruskan segala hal berkaitan tuntutan harta pusaka ataupun semasa hidupnya simati dia telah melantik pihak profesional ini sebagai wasi di dalam wasiatnya.
Seperti yang saya ceritakan dalam penulisan saya sebelum ini, Akta Probet dan Pentadbiran 1959 membenarkan pihak yang menguruskan harta pusaka mengenakan fi sehingga 5% dari nilai harta pusaka.
Pihak profesional inilah yang akan melalui semua proses perundangan tuntutan harta pusaka sehinggalah harta pusaka diagihkan kepada waris-waris yang berhak. Kita kena faham fi ini memanglah mesti dikenakan kerana ada tanggungjawab dan kerja yang perlu dilaksanakan oleh pihak profesional tersebut.
Proses tuntutan harta pusaka ini menuntut kefahaman proses undang-undang yang tinggi, masa yang banyak, kos yang tidak sedikir dan dokumentasi yang kompleks. Pastinya ada fi yang kena dibayar. Tiada siapa buat kerja susah ni dengan percuma!
Selain fi perkhidmatan di atas, dalam keadaan tertentu ada juga fi ‘buka fail’ dikenakan kerana pihak profesional berkenaan mahukan jaminan bahawa waris benar-benar komited mahukan urusan itu diselesaikan oleh pihak profesional tersebut. Kalau tiada fi buka fail dikenakan dan waris membatalkan urusan itu, maka penat dan sia-sia sajalah kerja yang dibuat pihak profesional itu.
Turut dikenakan ialah kos rampaian yang terpaksa ditanggung pihak profesional dalam pengurusan harta pusaka itu. Ini termasuklah kos guaman (jika ada peguam perlu dilantik bagi proses ini) , perjalanan, penginapan, percetakan, fi yang dikenakan pihak berkuasa dan apa sahaja kos-kos lain.
Komponen kedua yang terlibat ialah kos pengurusan harta pusaka? Kos di sini pula bermaksud kos yang terpaksa dikeluarkan sendiri waris jika mereka yang mengambil inisiatif menguruskan sendiri harta pusaka. Contohnya, kos perjalanan kerana perlu balik ke kampung atau ke pejabat tanah berkaitan, kos penginapan jika waris terpaksa tidur di hotel jika membuat perjalanan jauh ke pejabat tanah dan juga kos perjalanan seperti minyak dan tol. Ini semua adalah kos yang terkait dengan pengurusan harta pusaka.
Komponen ketiga ialah fi yang dikenakan oleh pihak berkuasa/ agensi berkenaan. Sama ada urusan itu dibuat oleh pihak profesional ataupun diuruskan sendiri oleh waris, ada fi lain yang terlibat iaitu fi yang dikenakan oleh pihak berkuasa seperti pejabat tanah yang mengenakan fi carian rasmi dan juga fi yang dikenakan oleh Pejabat Pusaka Kecil dan Mahkamah Tinggi Sivil apabila perintah dikeluarkan.
Jadi dengan penjelasan ini rakyat Malaysia telah faham bahawa kos dan fi memang tidak boleh dielakkan dalam urusan harta pusaka. Adakah waris-waris bersedia untuk menanggungnya? Jika waris tidak mampu membayar, segala fi dan kos ini akan ditolak dari harta pusaka (jika simati ada meninggalkan wang tunai) atau jika harta pusaka yang ditinggalkan hanyalah hartanah sahaja tanpa wang tunai, maka hartanah itu terpaksa dijual bagi melunaskan segala fi dan kos yang tertunggak.
Saya ada berjanji untuk menceritakan pula bagaimana harta pusaka boleh dituntut waris tanpa perlu waris bersusah-payah turun naik mana-mana pejabat dan tidak perlu bayar apa-apa fi perkhidmatan kepada pihak profesional.
Wasiyyah Shoppe Berhad sebagai syarikat amanah patuh Syariah telah bertahun-tahun membantu waris-waris melalui proses tuntutan harta pusaka tanpa mengenakan apa-apa fi perkhidmatan. Kami tahu bahawa sebagai pihak profesional yang dilantik, kami mempunyai hak dan kuasa untuk mengenakan fi perkhidmatan sehingga 5% dari nilai harta pusaka kasar seperti yang diperuntukkan di dalam Seksyen 43 Akta Probet dan Pentadbiran 1959 di atas.
Namun sejak penubuhan Wasiyyah Shoppe Berhad pada 2004, kami berpendirian bahawa amalan mengenakan fi perkhidmatan seperti ini agak membebankan untuk waris. Tambah lagi dalam keadaan ekonomi serba mencabar ini, kami mahukan waris menikmati harta pusaka itu sepenuhnya tanpa ditolak apa-apa fi. Kami juga mahukan waris tidak terpaksa menanggung pembayaran fi buka fail, fi carian rasmi serta bayaran-bayaran lain.
Maka Wasiyyah Shoppe Berhad memperkenalkan perkhidmatan Al Wasitah. Perkhidmatan ini diperkenalkan khusus untuk membolehkan kami memberi khidmat pengurusan pusaka kepada waris tanpa mereka perlu membayar apa-apa fi kepada pihak kami. Apabila pelanggan Al Wasitah ini meninggal dunia dan kami dihubungi, kami akan menghantar pegawai kami dari Jabatan Warisan untuk bertemu waris di mana sahaja lokasi seluruh Malaysia pada bila-bila waktu yang dipersetujui sama ada hari kerja atau hujung minggu mahupun cuti umum.
Bila bertemu waris kami akan menjelaskan tentang hukum yang berkaitan dengan harta pusaka, menjelaskan kepada waris tentang hak mereka mengikut hukum faraid, menerangkan tentang apa sahaja dokumen perancangan harta yang telah dibuat simati dan kesannya, memberitahu apa proses perundangan yang bakal dilalui waris selepas ini serta dokumen-dokumen yang kami perlukan bagi memulakan prosiding permohonan pusaka. Semua perkhidmatan ini diberikan percuma untuk waris.
Selepas kami menerima dokumen-dokumen berkenaan dari waris, kami akan mulakan tugas membuat carian rasmi hartanah (jika simati ada meninggalkan tanah) dan harta-harta yang lain. Seterusnya kami melengkapkan semua dokumen tujuan permohonan bicara kuasa sama ada di Pejabat Pusaka Kecil (untuk harta pusaka bernilai kurang dari RM2 juta dan mempunyai hartanah) atau Mahkamah Tinggi Sivil (untuk harta pusaka bernilai melebihi RM2 juta). Perkhidmatan ini juga diberikan secara percuma untuk waris.
Ketika perbicaraan berjalan, pegawai kami juga akan menemani waris bagi membimbing mereka. Selepas selesai perbicaraan, kami akan berhubung dengan Pejabat Pusaka Kecil dan Mahkamah Tinggi Sivil untuk urusan mendapatkan perintah yang berkenaan. Perkhidmatan ini juga diberikan percuma untuk waris.
Selepas mendapat perintah berkenaan, kami bertemu kembali waris untuk menjelaskan apa tindakan yang perlu diambil seterusnya bagi memastikan harta berkenaan diturunmilik secara sah kepada waris. Bimbingan selangkah demi selangkah ini diberikan secara percuma kepada waris.
Bagaimana pula waris boleh dapat percuma semua perkhidmatan ini yang biasanya dikenakan caj sehingga beberapa peratus dari nilai harta pusaka oleh pihak profesional lain? Kerana simati itu semasa hidupnya telah melanggan perkhidmatan Al Wasitah Wasiyyah Shoppe Berhad. Inilah caranya rakyat Malaysia boleh membantu waris-waris mereka dalam menuntut harta pusaka mereka dengan cepat, mudah dan secara percuma. Sila rujuk www.wasiyyahshoppe.com.my untuk maklumat lanjut.
KOLEKSI ANEKDOT MAWARITH
ORANG MALAYSIA TIDAK TAHU KOS URUS HARTA PUSAKA MAHAL!
COVID-19 dan perancangan harta
INTEGRITI DALAM INDUSTRI PERANCANGAN HARTA
Tak semua orang perlu wasiat?
Jangan lupa rancang harta untuk manfaat diri sendiri dulu
SEMAK LATAR BELAKANG SYARIKAT TAWAR KHIDMAT RANCANG HARTA
BUAT DOKUMEN SAHAJA SEMUA SELESAI?
Tiga langkah mudah elak pusaka bermasalah
Balu selalu tertindas bab pusaka?
APA SEBENARNYA PUNCA MASALAH HARTA PUSAKA TERBEKU DI MALAYSIA?
Kita tinggalkan PUSAKA atau PUAKA?
"WARIS AKU CONFIRMED TAK GADUH PUNYA!"
RAMAI ORANG ISLAM TIDAK TAHU DIA SEDANG MENGALAMI KERUGIAN
APA YANG KECOH SANGAT PASAL PUSAKA NI?