Cara berfikir, bertindak mengikut pengalaman hidup
NILAI perlakuan, sikap dan adat diamalkan berbeza di dalam kelompok kemanusiaan dalam kehidupan semasa. Kenapa mesti dibicarakan mengenai nilai perlakuan, sikap dan adat yang diamalkan oleh kelompok kemanusiaan dalam kehidupan semasa ini?
Penyataan ini amat terkesan melalui penghuraian mengenai cara seseorang individu tersebut berfikir dan bertindak dan bagaimana untuk mengutarakan lorong untuk memahami realiti bagi mengenal pasti apakah permasalahan yang perlu dihuraikan dan diselesaikan di dalam diri sendiri dan perhubungan sesama di dalam kehidupan semasa manusia.
Setiap perubahan yang direncanakan atau dirancang perlu melalui keberkesanan terhadap budaya di dalam satu kumpulan dan ini juga menyatakan kesan kepada cara pemikiran. Sebagaimana diketahui cara pemikiran setiap individu itu melibatkan cara pemikiran yang telah terpengaruh dengan pemikiran kolektif diprogramkan dimana pemikiran itu membezakan setiap individu daripada satu kumpulan kepada kumpulan seterusnya. Maka pemahaman nilai kebudayaan di dalam satu kehidupan manusia harus diambil berat dan terperinci.
Pencapaian nilai pemahaman antara individu berkaitan dengan amalan budaya itu harus terperinci dan bernilai, sekiranya etika diri untuk mempercayai kesan perilaku individu atau kumpulan dan bagaimana pemahaman nilai budaya satu kumpulan kepada kehidupan semasa tidak diambil berat atau pincang untuk dihormati, ini bakal menyumbang kepada kegagalan sumbangan budaya dalam perkembangan kehidupan berkumpulan di dalam aktiviti semasa.
Budaya kehidupan bersama telah kukuh dipraktiskan selama ini namun ada persoalan iaitu apakah budaya kehidupan bersama itu berterusan atau makin berkurangan atau sudah tiada budaya kehidupan bersama diamalkan?
Di dalam cabaran kehidupan kini setiap individu harus mengambil berat dengan serius apakah kesan ketiadaan nilai terbaik untuk nilai budaya kehidupan bersama. Harus difahami dan diperkatakan apakah itu nilai budaya kehidupan bersama, nilai budaya menyatakan berlaku di dalam setiap kelompok bangsa yang berbeza.
Ini merangkumi amalan yang telah diwarisi atau dipercayai oleh setiap kelompok namun demikian ia sentiasa mengharungi perubahan semasa dan unsur kebudayaan adalah penceritaan yang terperinci dalam menjelaskan nilai budaya sesuatu kaum atau golongan di masa kini.
Nilai budaya berbeza memberi satu penceritaan nilai kekukuhan dan perhubungan sesuatu kumpulan di dalam kehidupan bermasyarakat. Ini sudah pasti menjelaskan nilai budaya itu amat penting di dalam menetapkan sebarang idea berbeza yang mana ia merupakan satu penentuan persahabatan erat atau mungkin langsung tidak diambil tahu di dalam kehidupan terkini.
Maka setiap individu harus faham kesinambungan dan kepentingan pemahaman nilai budaya kehidupan bersama di dalam arena mencabar kini. Penceritaan yang terperinci harus difahami oleh setiap golongan kumpulan terhadap kesan positif atau negatif amalan kehidupan terkini untuk semua peringkat kehidupan umur.
Penceritaan praktis pembangunan ekonomi dan kelas sosial di dalam kehidupan puluhan tahun yang sudah, harus dijadikan panduan kukuh nilai perkembangan dan pencapaian nilai budaya kehidupan bersama kini.
Kemunduran pemahaman nilai budaya kehidupan bersama itu dan bukan terperinci melibatkan kumpulan dalam kehidupan semasa namun ianya amat melibatkan perhubungan individu di dalam perkumpulan itu sendiri. Individu atau diri sendiri harus ada pengetahuan dan informasi memahami bagaimana nilai budaya kehidupan semasa itu bakal menghancurkan matlamat atau perancangan dirancangkan oleh diri sendiri.
Kejayaan dan kegagalan nilai pengetahuan dan informasi itu amat kuat berperanan sebagai penyuluh arah dan juga sebagai penyubur dan pengimbang kepada tingkah laku kemanusiaan di dalam perhubungan tersendiri, ia juga sebagai tanda kepincangan dalam merencanakan kesan nilai pengetahuan dan informasi dalam perhubungan semasa.
Nilai budaya kehidupan bersama, bakal dipengaruh oleh keadaan budaya kerja terkini dimana budaya kerja terkini telah menceritakan pengamalan budaya kerja lebih kepada perhubungan online dan bukan tutur cara yang secara langsung bersemuka.
Penghayatan ke atas budaya kehidupan bersama itu sudah ada sorotan yang landai ia dipengaruhi oleh etika kerja yakin bersendirian, tidak perlu akan persekitaran namun ia lebih perlakuan yakin namun berlandaskan adat dan adab di dalam perhubungan.
Situasi begini amat digeruni sekiranya ia sudah tidak terkawal maka dengan keadaan inilah nilai budaya kehidupan bersama itu perlu dijadikan rujukan dan peringatan sesama kita, peringatan ini boleh dibicarakan melalui capaian sistem terkini dan pihak tertentu harus serius dalam menceritakan secara terperinci nilai budaya kerja semasa dan bagaimana nilai budaya kerja yang diamalkan bakal memberi kesan kepada perkembangan nilai budaya kehidupan bersama.
Nilai budaya kehidupan bersama kini sudah berubah dimana dapat dilihat didalam komunikasi semasa sudah banyak pengaruh tidak berbicara atau bercakap tetapi hanya menyatakan hasrat melalui logo dan terpulang kepada penerima faham atas hasrat atau sebaliknya.
Perlakuan sebegini telah banyak menjadikan etika berbicara atau bercakap itu semakin terhakis dan mungkin ia boleh mewujudkan keadaan tidak beradab dalam berbicara atau bercakap. Perlakuan begitu juga menjadikan satu capaian mudah bagi setiap individu untuk menyatakan pandangan atau pendapat yang tidak ada pengakhiran kerana pengakhiran tersebut bergantung kepada penerima, dan persoalannya bagaimana sekiranya penerima maklumat itu tidak faham atau langsung tidak mahu faham.
Contoh ini telah menjelaskan bahawa nilai budaya kehidupan bersama kini harus disokong dan harus kerap kali diperingatkan kesilapan atau bakal kesilapan yang berlaku dan yang akan berlaku.
Setiap individu di dalam kumpulan tidak punyai ikatan teguh atas amalan kerjasama untuk menegur amalan etika yang tidak baik, teguran untuk sentiasa memperingatkan nilai budaya bekerjasama dan nilai pembangunan budaya melibatkan corak kehidupan, pengkhususan kehidupan dan peningkatan nilai daya berfikir lebih beretika, beradab dan berpengetahuan lengkap dengan informasi yang betul.
Nilai budaya kehidupan bersama amat kukuh dikaitkan dengan budi dan akal setiap individu. Penyataan tercetus sekiranya nilai budaya kehidupan bersama sudah tidak ada di dalam masyarakat, pernyataan wujud bakal dinyatakan ialah masyarakat ini tidak berbudi dan berakal.
Apabila wujud masyarakat yang tidak berbudi dan berakal ini memberi tekanan kepada perubahan kemanusiaan individu dan kumpulan, tekanan kepada perubahan kemanusiaan di dalam organisasi kerja melibatkan struktur tugasan dan perhubungan, tekanan pengaruh persekitaran iaitu melibatkan perhubungan budaya, persaingan budaya, tekanan budaya dan kemesrahan kemasyarakatan iaitu nilai akan tandus atau hilang.
Jangan diambil mudah atau tidak diambil kisah kepentingan nilai budaya kehidupan bersama ini, setiap individu mempunyai budaya tersendiri dimana budaya ini bakal mempengaruhi nilai perubahan dan nilai kepimpinan diri sendiri.
Mengenal pasti faktor yang disumbangkan oleh kepincangan nilai budaya kehidupan bersama, iaitu mendapatkan informasi dan dipraktiskan dengan mengenal pasti faktor paling kritikal dalam menghalang kejayaan semasa, mengenal pasti kewujudan faktor permasalahn semasa paling mudah untuk diatasi.
Apakah tindakan terbaik perlu dilaksanakan untuk menghadapi permasalahan semasa dan menyatakan susun atur penentuan tindakan seterusnya adakah perubahan perlu dilaksanakan atau perlu dielakkan.
Perkataan ‘pasukan’ di dalam kehidupan harian ini sudah lengkap menyatakan keperluan etika berpasukan itu amat perlu dalam melaksanakan nilai budaya kehidupan bersama itu berkesan dengan terbaik.
Kewujudan budaya kehidupan bersama mesti dipraktiskan dengan terbaik, jujur dan beretika kerana ianya bakal mempersoalkan pelbagai perhubungan dan keputusan sebelum ini, mempraktiskan dengan terbaik juga dapat menwujudkan akan simbol kepercayaan, stuktur dan etika yang telah diamalkan dengan terbaik dan berterusan.
Penghuraian daripada lipatan yang sudah tidak kemas akan membekalkan satu kepercayaan dalam diri individu itu sendiri untuk bangkit baru dengan mengamalkan dan memperkenalkan budaya yang pelbagai sebagai alternatif tetapi bukan sebagai peniru budaya kehidupan yang tidak sesuai, meniru hanya kerana tidak faham dan meniru hanya untuk mengisi jiwa kosong.
Pemahaman yang gagal berlaku diantara satu sama lain sekiranya konflik terhasil daripada pertembungan nilai budaya kehidupan bersama dan nilai budaya kehidupan sendirian, konflik ini menyumbang kepada keberkesanan budi dan akal namun sekiranya krisis ini mampu diselesaikan maka pembentukan dan kepelbagaian budaya yang terbaik akan terjadi di sepanjang kehidupan bermasyarakat
Kehidupan semasa sudah menggariskan bahawa nilai budaya kehidupan bersama itu sentiasa mengalir dan pasti terbentuk perubahan dan perlu difahami individu amat bertanggungjawab bagi menentukan nilai ini mengalir dengan baik dan perubahan itu adalah perubahan yang beretika.
Perubahan sistem atau prosedur dalam amalan tugasan individu amatlah berbeza dengan perubahan budaya kehidupan bersama, penglibatan kepercayaan dan nilai-nilai kemanusian itu mengambil masa yang panjang.
Maka nilai budaya kehidupan bersama itu hendak dipertahankan biar sehebat mana perubahan sistem, prosedur dan pencapaian semasa kerana kesebatian amalan budaya kehidupan mengambil masa panjang ini perlu ada percaya dalam diri, kepimpinan itu memainkan peranan bagi mempengaruhi dan menetukan nilai kepimpinan diri sendiri dan kesan tanggungjawab kepada persekitaraan.
Maka fahami dan amalkan senarai ini sebagai panduan untuk memastikan diri sendiri itu masih lagi berada di dalam pemahaman nilai budaya kehidupan bersama iaitu, pemahaman nilai perkembangan diri sendiri, pemahaman nilai etika diri sendiri, amalan memahami akan sikap dan konsep kehidupan diri sendiri, amalan nilai pengurusan diri sendiri, amalan etika perhubungan dan berkomunikasi, keyakinan diri dan kepercayaan akan matlamat dan cita-cita kehidupan.
Jadikan diri sendiri itu berbudi dan berakal di dalam melaksanakan dan perkukuhkan nilai budaya kehidupan bersama.
Dr Dewi Tajuddin adalah Pensyarah Kanan Pengurusan, (Pengkhususan Pengurusan Bakat, Pembangunan Sumber Manusia, Pengurusan Sumber Manusia dan Pengurusan Strategik), Fakulti Pengurusan dan Perniagaan di UiTM Sabah. - DagangNews.com
KOLEKSI DEWI
Bina `kepakaran' hadapi risiko hidup zaman COVID-19
TAK FAHAM ANGKA KES POSITIF COVID-19 MAKIN NAIK
Golongan belia hamba kepada hutang
Boleh kerja sampingan, tetapi tidak boleh sampai tiga kerja serentak
Pertahankan amalan berbudi bahasa
Betulkah pemimpin itu memang dilahirkan untuk memimpin, atau boleh diasah?
Usahawan wanita perlu peka etika berniaga
BAGAIMANAKAH PRESTASI ANDA BEKERJA DARI RUMAH SEMASA COVID-19 INI?
Kaum hawa semakin tidak beradab?
ADAKAH SAYA FAHAM KEBERKESANAN BAKAT SAYA DALAM KEHIDUPAN?
Hayati potensi bakat anda : Dari individu kepada institusi
The benefits of knowing your own talent
Understanding `talent' in achieving goals of an organisation
Bakat Kanak-Kanak si penghidu gam kasut