Mengenali Peter Gabriel dan Dolly Parton menerusi Yusuf Islam Skip to main content
DagangNews.com
WAINUIOMATA - 17 Jun 2021 07:00 AM

Mengenali Peter Gabriel dan Dolly Parton menerusi Yusuf Islam

 

SUDAH hampir setahun saya melakukan dua pekerjaan. Satu di DuTel dan satu lagi dengan Yusuf Islam. Menyeronokkan dengan kerja baru langsung tidak menyentuh kemahiran saya, teknologi maklumat.

 

Sudah hampir selesai dengan penyelidikan terhadap telekomunikasi dengan berjumpa syarikat di bawah PCFC. Kemudian berjumpa syarikat-syarikat di bawah zon bebas yang hampir 6,000 buah.

 

Saya  bertemu syarikat-syarikat besar kerana lebih berkepentingan. Saya telah menyusun kerangka kerja untuk tahun kedua.

 

Sementara itu dengan Yusuf Islam, saya mempunyai dua orang pembantu yang sentiasa ada di pejabat. Lega kerana pembantu-pembantu ini dapat menjalankan tugas sebaiknya untuk menjual kaset dan CD.

 

Yusuf semakin sibuk dan sentiasa berada di Amerika Syarikat. Pada masa itu, saya berkesempatan bertemu dan bercakap dengan ramai superstar dunia kerana Yusuf memberi nombor saya untuk dihubungi.

 

Pernah Yusuf memperkenalkan Peter Gabriel, penyanyi asal Genesis yang menjadi kesukaan saya di rumahnya. Saya memberitahu Yusuf, selain Yusuf sendiri saya amat meminati Peter Gabriel yang punya suara menawan dan kumpulan Genesis, yang bertukar anggota kepada Phil Collins.

 

Peter Gabriel lahir 13 Februari 1950, Woking, Surrey, England adalah penyanyi utama kumpulan rock progresif Genesis sebelum memulakan kerjaya yang berjaya sebagai artis solo. Peter terkenal dengan kepandaian dan kedalaman liriknya serta komitmennya terhadap pelbagai tujuan politik.

 

Gabriel meninggalkan Genesis pada tahun 1975 dan mengembangkan minat yang mendalam terhadap irama dan muzik dunia, yang tercermin dalam empat album eponim (yang terakhir, diterbit pada tahun 1982, berjudul Security for the American release), sementara lagu-lagu seperti "Games Without Frontiers" dan "Biko".

 

Penglibatan dua sisi ini dalam urusan Dunia Ketiga menyebabkan dia mengadakan Festival WOMAD (Dunia Muzik, Seni dan Tarian) pada tahun 1982 dan Real World Records pada tahun 1989.

 

Album `So’ terbitan 1986, adalah pernyataan yang lebih peribadi; diperkukuh dengan sumbangan Laurie Anderson, Kate Bush, dan bintang pop Senegal Youssou N'Dour, ia membawa pujian kritikal ke atas persembahan Gabriel dan album tersebut terjual berjuta-juta unit.

 

 

Album berikutnya, Passion: Music untuk "The Last Temptation of Christ" (1989), menampilkan sejumlah seniman Afrika dan Timur Tengah (beberapa di antaranya diterbitkan bersama Real World) dan memenangi Grammy Award.

 

Karya Peter Gabriel juga diingati dengan komponen visual yang imaginatif. Persembahannya bersama Genesis terkenal kerana teaternya yang unggul, dan video muziknya menetapkan standard baru untuk media baru; video untuk "Sledgehammer" terpilih sebagai video terbaik sepanjang masa oleh majalah Rolling Stone pada 1993, dan dua video Gabriel yang lain, berdasarkan album Us tahun 1992, memenangi Anugerah Grammy pada 1992 dan 1993.

 

Saya mendengar cerita Peter Gabriel semalaman dan Peter berjanji untuk menjemput saya ke konsert.

 

Kemudian, seperti bermimpi saya dapat berbual dengan Dolly Parton, seorang penyanyi pujaan ramai yang seksi.

 

Telefon saya berbunyi pada satu malam, saya malas nak menjawab. Tetapi saya menjawab juga.

 

“Hello, this is Dolly Parton.” 

Saya terkejut. “Dolly Parton?”

Dolly tergelak. “How are you Mr Fudzail?”

“Fine, thank you, how’s America?”

 

Kami berborak kerana Dolly Parton sangat baik dan senang berkawan. Dolly ingin bercakap dengan Yusuf yang waktu itu di England.

 

Sebagai superstar lagu-lagu country Dolly Parton sangat gembira kerana Yusuf Islam bersetuju untuk bekerjasama dengannya di album barunya kerana dia ingin menunjukkan kepada peminat bahawa Yusuf adalah "lelaki yang sangat manis."

 

Parton telah lama menjadi teman dan peminat ikon Yusuf dan amat marah bila mengetahui Yusuf dilarang memasuki Amerika.

 

Yusuf telah dihantar pulang ke England dari Amerika ketika namanya muncul dalam senarai misteri `calon yang kononnya bersimpati dengan pengganas’. Sejak itu Yusuf melawan pihak imigresen Amerika.

 

Dan, dengan memasukkannya ke dalam album barunya, They Were The Days, Parton yang patriotik merasakan bahawa dia memberikan layanan yang baik kepadanya kerana peminatnya tidak akan mengharapkannya untuk berkolaborasi dengan sesiapa sahaja yang bermaksud membahayakan orang Amerika.

 

Dia berkata: "Saya telah merakam sebuah lagu di dalam CD ini, yang berjudul Where The Children Play, dan saya fikir ia patut mendapat kesempatan (untuk meminta Yusuf Islam bergabung dengannya), jadi kami menghantar e-mel ... dan dia berkata: 'Saya akan bermain gitar.'

 

"Yusuf orang yang berharga. Sejak kebelakangan ini, Yusuf mendapat banyak imej buruk tetapi saya rasa dia berusaha menyelamatkan dunia, bukan menghancurkannya," kata Parton.

 

Kejayaan album Yusuf yang lalu bertajuk, 'An Other Cup' membuka pintu hati Yusuf untuk bergiat kembali dalam bidang muzik.

 

Yusuf berjaya memujuk Paul McCartney and Dolly Parton untuk bekerjasama dalam lagu 'Boots n Sand'.

 

Lagu itu diiringi oleh sebuah video yang dirakamkan di gurun California oleh anak Bob Dylan yang bernama Jesse.

 

Menurut Yusuf, lagu ini ditulis pada tahun 2004 sewaktu ulang tahun ketiga peristiwa 9 September.

 

"Saya menulis lagu ini ketika saya tidak dibenarkan memasuki Amerika pada tahun 2004 ketika peristiwa 9 September (9/11) masih menghantui ramai orang.

 

"Cerita di sebalik lagu ini diilhamkan dari tempat dan orang sekeliling," jelas Yusuf yang terpanggil membuat album baru yang bukan bersifat agama ini atas permintaan peminatnya dengan Dolly.

 

Begitulah minatnya Dolly Parton terhadap Yusuf yang saya anggap menakjubkan dari penyanyi country Amerika.

 

Seterusnya Dolly Parton mengajak saya ke Amerika Syarikat. Saya teruja!  - DagangNews.com

 

Mohd Fudzail Mohd Nor telah aktif menulis di pelbagai medium termasuk sebagai kolumnis portal berita dan memenangi banyak hadiah sastera selama beliau berkelana di luar negara. Kolum Wainuiomata ini adalah bersempena nama bandar universiti beliau di New Zealand. - DagangNews.com

 

 

BACA JUGA WAINUIOMATA :