Terkini | DagangNews Skip to main content

Untung bersih 1QFY24 KAB melonjak 98.6% kepada RM5.12 juta didorong perkembangan segmen rumusan tenaga lestari

KUALA LUMPUR 20 Mei -  Untung bersih Kinergy Advancement Berhad (KAB) bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2024 (1QFY24) melonjak 98.6%  kepada RM5.12 juta berbanding RM2.58 juta pada suku sama tahun sebelumnya didorong perkembanan positif segmen rumusan tenaga lestari (SES).

Import April 2024 naik 15.6%, eksport bertambah 9.1% - DOSM

KUALA LUMPUR 20 Mei - Jumlah dagangan Malaysia meningkat 12.1% kepada RM221.7 bilion pada April 2024 berbanding RM197.8 bilion setahun sebelumnya, lapor Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

 

Malaysia dijangka berdepan cabaran pada separuh kedua 2024 kesan pelaksanaan rasionalisasi subsidi, kata TA Securities

KUALA LUMPUR 20 Mei - TA Securities menjangkakan negara berdepan cabaran pada separuh kedua tahun ini apabila kerajaan melaksanakan usaha rasionalisasi subsidi.

 

Pertumbuhan KDNK Suku Pertama 2024 Malaysia mengatasi jangkaan - CIMB Research

KUALA LUMPUR 20 Mei - Pertumbuhan 4.2 peratus keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada suku pertama (Q1) Malaysia 2024 melepasi unjuran Penyelidikan Pasaran dan Perbendaharaan CIMB (CIMB Research).

 

TERAJU, Yayasan Peneraju dan Ekuinas diberi peranan khusus dalam ekosistem keusahawanan Bumiputera - Rafizi

KUALA LUMPUR 20 Mei - Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU), Yayasan Peneraju (YP) dan Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas) akan memainkan peranan yang khusus di dalam ekosistem keusahawanan Bumiputera menerusi penjajaran semula ketiga-tiga agensi bermandat Bumiputera di bawah kaw

Platform dagangan global "semua dalam satu" Webull dikuasakan teknologi dilancarkan di Malaysia

KUALA LUMPUR 20 Mei - Webull Securities (Malaysia) Sdn. Bhd. mengumumkan pelancaran platform dagangan global terkemuka, Webull, di Malaysia.

 

Datuk Dr Nicol David dilantik sebagai Pro-Canselor Universiti Heriot-Watt Malaysia

KUALA LUMPUR 20 Mei - Lagenda skuasy negara, Datuk Dr Nicol Ann David dilantik sebagai Pro Canselor Universiti Heriot-Watt Malaysia selama lima tahun bermula 17 Mei 2024.

 

Tiang ‘mast’ KD Maharaja Lela dipasang, kapal dijangka turun ke air tidak lama lagi

KUALA LUMPUR 20 Mei - Projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) KD Maharaja Lela yang penuh kontroversi akibat kelewatan kini menunjukkan petanda positif apabila bahagian modul sensor utama kapal telah mula dipasang.

Pelaburan RM2 bilion KWSP, PNB dalam projek Osram di Kedah yang dibatalkan adalah "dilindungi"

KUALA LUMPUR 20 Mei - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) menegaskan pelaburan RM2 bilion mereka dalam projek semikonduktor yang dibatalkan oleh ams Osram AG di Kedah dilindungi oleh perjanjian kukuh dengan gergasi teknologi Austria-Jerman itu.

Akaun 3 KWSP, kenaikan gaji penjawat awam jadi penyumbang utama pengukuhan perbelanjaan domestik - Kenanga Research

KUALA LUMPUR 20 Mei - Pengenalan Akaun 3 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang membenarkan pengeluaran fleksibel dan peningkatan gaji penjawat awam pada bulan Disember bakal menjadi antara penyumbang utama kepada permintaan domestik yang kukuh.

 

Subscribe to Terkini